.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Thursday, July 16, 2009

Muhammad iman & Sayang ke Klinik Desa

Pada hari ini 16 julai 2009, buat pertama kalinya Muhammad Iman dan Sayang melangkah keluar daripda rumah mak. Bukan lari ye..tapi kena gi Klinik Desa Paya Mengkuang. Ada pemeriksaan rutin pertama kali. Selalunya sebelum ni Kak Latifah atau Kak Jamaliah yang datang ke rumah. Kami ke sana dalam pukul 8.15 pagi. Nasib baik tqakde orang dan kamilah yang pertama. Bagus! bagus. Aku tak suka sangat menunggu.Hehehe.

Gambar-gambar berikut juga adalah kerana ayah aku asyik telefon & message tanya mana gambar Iman yang terbaru. Sian Atuk dan Tok Mak Iman ni. Rindu kat cucu. Jadi tataplah puas-puas ye mak dan ayah. Serta adik beradik yang lain.

Sebelum cek..nak menyusu dululah tu.

Terima kasih mak kerana tolong teman..

interframe skit!
MUHAMMAD IMAN YANG DAH SEBULAN PADA 13 JULAI LALU

Tengok apa tu Iman?

Besar betul mata..GOTCHAA!!

Atuk & Tok mak..Tunggu Iman balik ujung bulan ni ye :)

SESI PEMERIKSAAN PERTAMA IMAN DI KLINIK DESA PAYA MENGKUANG

Malulah Iman!

Apa lagilah nak buat kat Iman ni??

Dunia baru pada Iman..

Alamak..buka seluar pulak. Nenek yang bukakan.Hehehe

Ukur lebar badan..hehe..menguap sampai!


Macam pendekar..Alhamdulillah..ada perkembangan.


Naik lagi 200gm. So berat Iman dah 3.4kg untuk bulan yang pertama ini.

Berat sayang dah turun..Jangan banyak sangat la.







Wednesday, July 8, 2009

Iman kena sawan..Nauzubillah!

Gambar-gambar ni dah lama diambil. Tapi sebab virus malas, aku peram je dalam Laptop aku. hehehe.

Haa..ni adik aku yang ke enam. Muhammad Syafiq Bin Ateh. Batu tingkatan 2 di SMKA Maahad Muar. Nak sangat pegang anak sedara dia. Hehehe. Bangga aku dapat anak yang merupakan cucu pertama dan anak sedara pertama mereka.

Inilah hadiah yang ayah bawa masa minggu ke dua Iman. Tapi warna pink lah ayah bajunya. Hehehe. Takpelah selagi namanya hadiah..aku kebas je.

Nak dijadikan cerita pada umur minggu ke 3 Muhammad Iman, dia diserang SAWAN yang tak berapa bahaya. Tapi masa kena tu aku xde di rumah. Kerja. Menurut kata isteri cuaca terlalu panas. Tiba-tiba Iman tersedar dari dalam buaian dengan keadaan tubuhnya keras (kejang) dan mata hitam ke atas. Takut aku dengar. Nasib baik mak mertua balik dari tempat kerja dan beri air yang dah dibaca ayat Al Quran. Alhamdulillah Iman ok lepas tu.

Ini gambar waktu Iman dah ok. Cian sayang Papa!

Buaian yang aku belikan untuk Iman di Kipmart Tampoi.Tapi sampai sekarang tak pakai lagi sejak kena SAWAN hari tuh.

Tapi sebenarnya hari itu juga merupakan hari pertama Iman tidur dibuai. Aku baru beli buai tu sehari sebelum tu. Orang kata ada adat/ bacaan yang perlu dibuat. Rasanya mak mertua aku dah buat. Entahlah kepercayaan orang tua. Tapi pada aku kemungkinan besar kerana cuaca yang panas sebab sebelum kena Sawan tu Sayang call dan bagi bacaan thermometer 38.7 celcius. Panas gak tuh. Apapun sekarang dah okey dan kami sentiasa berjaga-jaga.





Friday, July 3, 2009

Iman tak berak 3 hari.

Salam semua..

Our baby, Muhammad Iman dah 3 hari tak berak.Mcamana ek? Kencing ok. Macam biasa. Anyone yang boleh bagi pendapat? Setakat ni kitaorang xde bagi makan lain selain susu ibu. Awal minggu je ada bagi susu tepung Dumex. Itupun sebab Mummy dia tak larat, demam. Tapi lepas stop susu tu tak berak-berak. Adakah kitaorang patut teruskan.

Pagi tadi Ayah aku call, dia bagitau kena bagi air suam juga. Aku ikut je apa yang parents aku bagitau. Tapi pada yang pernah alami masalah ni tolonglah kawanmu ini. Aku nak bawak gi klinik je. Risau. Okey..



Wednesday, July 1, 2009

Muhammad iMan 3 minggu

Haa...gambar-gambar ni yang terbaru. Aku nak tunjuk kat sapa? Mestilah kat Atuk, Tok Mak dan ahli keluarga aku yang berada nun jauh..eleh kat Yong Peng je. Aku kena selalu update gambar terbaru Iman. Yelah sejak keluar daripada Hospital, tiap-tiap minggu mak, ayah dan adik-adik bertandang ke JB ni. Nak tengok Iman la. Minggu lepas datang siap bawak Pampers Diapers ngan Set Pakaian Baby. Time kasih Mak & Ayah. Gambar-gambar ni diambil sewaktu mak nak mandikan dia. Senyap jek...Tapi dia punya tangan ngan kaki..masyaAllah bergerak-gerak je. Aktif betul!

Ciuman seorang Mummy..

Penyek muka dia..hehehe

Mata bertentang mata..

Hehehe..geram aku

Haa...tengok apa tuu??

Aiikk kenyit mata lak!

Senyap je dia..

Iman nampak Papa dia snap pix dia!

Dada bidang..macam aku! huhuhu

Iman tengah tengok nenek

Angkat tangan!

Lambatnye nak siap!

Hehehe..malu Iman. Janganlah snap lagi

Whats up..whats up!

Okey mak dan ayah..nanti abang masukkan gambar lagi.



Iman sakit mata atau ????


Dah dua hari mata Iman sebelah kanan macam merah dan ada taik mata. Taik mata tu plak bukan setakat time dia bangun tidur..tapi waktu petang dan malam pun ada. Kami dah perasan 3 hari lepas bila dia nak buka mata sebelah kanan tu mesti tak ble bukak. Sian dia. Atuk dan mak tok Yong Peng selalu telefon tanya khabar. Risau diaorang. Semalam aku pergi sendiri Klinik Desa minta ubat sakit mata. 1 hari 3 titik.

Masa tengah kerja aku cuba minta pendapat kawan-kawan. Ada yang bagitau tanda demam kuning (jaundice), ada yang kata sebab panas, memang penyakit biasa baby pun ada. Aku pn tak tau mana yang betul. Tapi Iman memang dah nak kena kuning sikit masa minggu lepas. Nurse yang datang cek kata dah ok.


Status sekarang mata yang dulunya kuning sikit dan kemudian merah dah mula hilang sikit-sikit. Taik mata pun tak banyak. Aku selalu perhatikan dan kalau esok tak ok..aku bawa gi Klinik gak. Bukan tak nak dengar apa orang advise tapi jumpa doktor adalah langkah yang terbaik..Apapun doakan ye.

Semalam juga aku belikan Iman tilam baby yang baru.'LOONEY TUNES' kaler biru. Selesa sikit. Yang lama tu nipis sangat. Tak sampai hati aku tengok. Malam semalam dia tidur agak tak selesa sikit. Mungkin tilam baru. Pagi tadi aku tengok nyenyak je. Untuk mummy dia aku belikan tilam alas duduk sebab sejak balik daripada hospital 2 minggu lepas dia memang tidur kat sofa (secara duduk) sebab susah nak baring-duduk untuk menyusukan Iman. Biar dia selesa. Beserta head rest. Tengkuk tak sakit nanti. Kesian aku tengok. Aku pun turut serta tidur kat TOTO je bawah kaki Sayang. Dekat dgn Iman. Sakit gak la badan. tapi hari tu dah gi urut.

Apa yang aku perasan sekarang ni bila Iman menangis dan aku dukung..mesti dia diam bila aku start bercerita. Tak kiralah cerita apa..Kadang-kadang aku cerita aktiviti aku satu hari (bekerja..jumpa customer) dan adakalanya aku cerita kisah kanak-kanak (nasib aku baik kerana waktu kecil aku selalu baca buku cerita sebegitu dan pernah mewakili Daerah -waktu sekolah dalam pertandingan kisah Nabi, Cerita Kanak-kanak sedunia, Kisah Tauladan) Dan aku masih ingat cerita-cerita tu. Terima kasih Ayah & Mak yang menggalakkan aku. Kini aku tau kegunaannya bila aku mampu bercerita (kalau cerita arnab & kura-kura, aku siap tukar suara lagi. Hehehe)

Memang banyak dugaan dan pada aku semua ni cabaran dan akan menjadi memori indah buat kami sekeluarga. Aku harap kami berdua dapat menghadapi semuanya ini sehingga keadaan benar-benar stabil. Aku tahu dugaan dan cabaran selepas ini lebih besar dan benar-benar menguji aku sekiranya aku tak bersedia. Terima kasih kepada mak dan ayah di G.Patah yang membantu kami sepanjang berada di rumah. Buat Mak dan Ayah di yong Peng terima kasih di atas segala nasihat dan tunjuk ajar. Abang akan buktikan yang anak mak & ayah mampu menjadi Papa yang Mithali. Amin.

p/s gambar aku akan upload nanti





Atuk dah keliru...




Corat coret Muhammad Iman.


1. Kami telah berkahwin selama hampir 3 tahun dan isteri keguguran sebanyak 2 kali sehinggalah kami mendapat Muhammad Iman.

2. Kami hampir menjalani pemeriksaan kesihatan selepas kali kedua isteri keguguran. Bukan untuk mencari salah siapa tetapi untuk mengubati. Tetapi Allah Maha Kaya aku mendapat tahu Isteri mengandung sebulan sebelum pemeriksaan.

3. Pemeriksaan kehamilan disahkan beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu dan serentak Majlis Pernikahan adik ipar aku Adi & Zura (wife nya juga kini sedang mengandung hampir 7 bulan). Gembiranya aku masa tu.

4. Dalam tempoh mengandung kami sempat ke Sunway Lagoon, Melaka dan Kuala Lumpur. Uiiissshhh kuat berjalan gak wife masa tu.

5. Aku sebenarnya selalu mengingatkan wife yang jangan terlampau excited kerana takut kejadian lama berulang. Memang FOBIA! Tapi kali ni aku memang jaga betul wife daripada segi pemakanan.

6. Pada awal kehamilan, setiap minggu selama 3 bulan (maksudnya 12 kali) wife diberi suntikan menguatkan rahim oleh Doktor Noor Aini (Puteri Specialist) yang setiap suntikan RM120.00 belum termasuk caj lain.

7. Aku tak pernah belikan baju mengandung yang biasa orang pakai (ala yang sarung terus tu) sebab tak cantik..macam orang tua. Aku belikan yang baju biasa je tapi khas untuk ibu mengandung dan seluar besar yang ah moi2 ada pakai tu.

8. Wife takde mengidam yang melampau cuma antara yang nak dimakan adalah buah delima, KFC, dan DURIAN!!!

9. Pernah terjatuh kerana pitam di rumah aku. Nasib baik takde apa-apa.

10. Nama Muhammad Iman dipilih oleh aku. Iman pengertiannya mendalam. Nak tau cuba tengok lirik Iman Adalah Mutiara daripada Raihan. Lagipun aku taknak yang glamour sangat. Tapi Iman ni jarang juga orang guna. Mudah-mudahan sifat peribadinya seperti namanya.

11. Minggu-minggu terakhir aku selalu menanti message atau call daripada wife yang berbunyi 'Dah pecah air ketuban!' tapi sampai Iman keluar..air tak pecah gak. Sian dia..

12. Dua atau 3 minggu sebelum Iman lahir, adik aku, Nurulhuda keguguran hampir 3 bulan. Sabar ye Uda. Ada rezeki nanti InsyaAllah.

13. Aku tak ingat berapa kali kami ke Klinik walaupun sakit sedikit seperti baby kurang gerak..memang jaga betul-betul. Pegi buat CTG (pemeriksaan degupan jantung)

14. Aku hampir menjerit bila terasa Iman bergerak di dalam perut yang memang aku tak pernah rasa sebelum ini. Wife hanya tersenyum. Yelah kalau dh nampak bonjol kat perut, tinggi lak tu mau aku tak terkejut.

15. Sewaktu hampir kelahiran kami ke Hospital Sulatanah Aminah sebanyak 3 kali dan disuruh pulang semula kerana belum ada kontraksi. Tension..penat sikit la.

16. Wife masuk ke Bilik Bersalin pada pukul 7.54 malam, hari Jumaat 12 Jun 2009 yang aku pada ketika itu baru 25 minit meninggalkan Hospital pulang ke rumah. Terkilan tak dapat tengok sekali. Wife terpaksa di 'operate' memandangkan tiada tanda besar untuk keluar namun kontraksi kuat. Degupan Iman lemah apabila kontraksi berlaku. Saiz badan wife yang comel menyebabkan proses bersalin normal agak sukar. Masuk Operation Theatre pukul 9.00am, baby keluar 9.25am dan keluar daripada Operation Theatre 11.00am. Iman dah naik dulu.

17. Malam itu juga ada cerita 'Hero Atuk' di TV 2 lakonan Eman Manan. Secara kebetulan nama cucunya 'IMAN' (AYAH YANG BERITAHU) dan aku yang tak pernah buka TV 2 secara tak sengaja membuka channel yang sama.

18. Muhammad Iman diazankan lewat 2 jam kerana menunggu keadaan stabil selepas Wife operation. Aku yang ingatkan akan menangis hanya sebak ketika Muhammad Iman menyahut panggilan azanku.

19. Ketika family aku datang melawat, aku lihat Mak dan ayah terdiam seketika melihat Iman. Inilah cucu pertama mereka.

20.Malam pertama Iman di rumah aku rasa dekat 6 kali kami bangun. Mungkin berubah tempat membuatkannya tak selesa. Aku cuma bangun meneman wife berbual sambil dia menyusukan Muhammad Iman.

21. Ketika di rumah, aku bertugas sebagai pembersih pampers Iman, lapkan badannya ketika pagi, mengemas tempat tidur, membasuh baju Wife dan Iman serta pemerhati. Makanan mak mertua yang siapkan. Aku tak reti masakan orang bersalin ni.










Gambar Iman terkini (hari ke tujuh)

Gaya helang terbang...huaaarrrggghhh

Tidur dalam baby cot..siap kelambu lagi!

Inilah gayaku yang paling menawan setakat ini..amat kacak sambil berfikir. (posisi ini bukan aku yang buat..tiba-tiba je mak panggil suruh tengok..Senyum je aku. Kuat fikir dia ni.Mesti besar pandai.Amin)

Pose up close (Comel tul..peduli apa aku..anak aku! Hehehe)

Dari sudut berbeza

(Gambar kandid) Mummy ambil gambar Papa tengah tertidur, padahal nak tidurkan Iman tadi. Hahaha. Korang mesti pernah terbuat macam ni kan?? Penat masa tu, nasib baik Iman tidur sama.

Tangan kecil itu akan membesar jua seperti tangan Papa nya.

Aku nak angkat sekali Iman tarik tangan aku. Amacam..chemistry baguih punya! Anak Papa la katakan...

Ni masa tengahhari dalam pukul 2 petang. Panas gila. Mak yang bagi idea sapu air kat badan pastu tekap pakai tuala basah. Buat mak kat Yong Peng..Iman tak pakai baju jap je. Lepas dia berenti nangis...pakai balik. Jangan risau k.

Amacam..pose seksi daripada Iman. Nasib baik Papa dia tak bergambar sekali macam ni..Hehehe

p/s amacam mak & ayah.. dah lepas rindu tak?


Dan hari ini (hari ke tujuh) Iman telahpun hensem sepenuhya apabila tali pusat yang tertinggal telah tanggal pukul 5.30pm tadi.






Lukisan dan daftar surat beranak Iman


Ini dia lukisan yang aku buat untuk adik ipar aku. sibuk sangat. jadi aku saja-saja buat. Lukisan ni dibuat 3 hari sebelum Iman keluar..kelakarkan?? Hehehe. Tapi bolehlaa..

Maka pada 17 Jun 2009 aku ke Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek untuk mendaftarkan nama secara rasminya. Nasib baik tak jem. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar.

Dan di bawah adalah surat beranak Muhammad Iman Bin Mohd Noor Azam. Bangga betul aku masa tu. Tak dapat digambarkan. Tapi nak ambik gambar sorang-sorang macam orang gila lak. 17 Julai 2009 ambil MyKid dia pulak. iisshhhh tak sabar aku.






Lukisan dan daftar surat beranak Iman


Ini dia lukisan yang aku buat untuk adik ipar aku. sibuk sangat. jadi aku saja-saja buat. Lukisan ni dibuat 3 hari sebelum Iman keluar..kelakarkan?? Hehehe. Tapi bolehlaa..

Maka pada 17 Jun 2009 aku ke Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek untuk mendaftarkan nama secara rasminya. Nasib baik tak jem. Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar.

Dan di bawah adalah surat beranak Muhammad Iman Bin Mohd Noor Azam. Bangga betul aku masa tu. Tak dapat digambarkan. Tapi nak ambik gambar sorang-sorang macam orang gila lak. 17 Julai 2009 ambil MyKid dia pulak. iisshhhh tak sabar aku.


post signature