Gambar-gambar ni dah lama diambil. Tapi sebab virus malas, aku peram je dalam Laptop aku. hehehe.


Nak dijadikan cerita pada umur minggu ke 3 Muhammad Iman, dia diserang SAWAN yang tak berapa bahaya. Tapi masa kena tu aku xde di rumah. Kerja. Menurut kata isteri cuaca terlalu panas. Tiba-tiba Iman tersedar dari dalam buaian dengan keadaan tubuhnya keras (kejang) dan mata hitam ke atas. Takut aku dengar. Nasib baik mak mertua balik dari tempat kerja dan beri air yang dah dibaca ayat Al Quran. Alhamdulillah Iman ok lepas tu.

Tapi sebenarnya hari itu juga merupakan hari pertama Iman tidur dibuai. Aku baru beli buai tu sehari sebelum tu. Orang kata ada adat/ bacaan yang perlu dibuat. Rasanya mak mertua aku dah buat. Entahlah kepercayaan orang tua. Tapi pada aku kemungkinan besar kerana cuaca yang panas sebab sebelum kena Sawan tu Sayang call dan bagi bacaan thermometer 38.7 celcius. Panas gak tuh. Apapun sekarang dah okey dan kami sentiasa berjaga-jaga.
1 comments:
test
Post a Comment