.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Wednesday, July 1, 2009

Masuk labour room tanpa suami di sisi



Hari ini hari Jumaat, 12hb Jun 2009. Aku bangun daripada tidur pukul 6.00am. Setelah menunaikan tanggungjawab pada Yang Esa..aku bersiap dan terus mengajak sahabtku Nazri (tuan rumah) pergi sarapan dulu. Terkulat-kulat dia siap. Selalu sambung tidur.

"eh..takde message apa-apapun"

Aku dah pesan kat wife type awal-awal bgtau dah masuk labour room dan simpan dalam draft. Jadi bila diberitahu nak masuk terus send pada aku. Tak perlu nak taip lagi. Tapi...TAK DAPATPUN!! Aku try call...tak angkat lak. Mungkin sakit sangat. Sebab tu malas nak layan call aku. (aku sedapkan hati) Kalau aku datang teruspun takleh nak masuk. So penuhkan perut dulu. Nanti senang. Dalam hati berkata..aku dah jadi Papa ke??

Sekeping roti telur bawang bercili aku tak dapat habiskan. Hati tak tenteram. Si Nazri melantak bukan main. Aku belanja sebagai pengganti 'check in' malam tadi. :) Tengah duk berbual dapat message....

"Sayang sakit sangat. Tapi tak masuk labour room lagi"

Aku terus call dia. Rupanya ada satu hal lagi berlaku yang membuatkan aku terbakar!!!!

Pagi tadi ni ada sorang nurse datang nak inject ubat biar senang ketuban pecah (induce la)..tapi cari urat tak jumpa. Sampai lebam tangan wife aku. So dia postpone niat dia tu. Nantila...katanya.

Maha Suci Allah..rupanya dia hampir membunuh kandungan kami. Kandungan injection rupanya penicilin. Tak silap aku ubat tahan sakit. Sebab Doktor pakar datang selepas tu dan terkejut melihat laporan pesakit. Dia siap cakap 'ALLAH MAHA KAYA' pada wife aku sebab nurse tu tak inject kerana tak jumpa urat. Kalau dia teruskan juga tak tau apa yang berlaku. Aku dah tak tau nak komen apa. ALHAMDULILLAH je yang mampu aku sebut. Allah sayangkan kami semua. Aku cuba tanya wife nama nurse tu biar aku cucuk di pakai HIV atau H1N1..baru padan muka dia. Geram aku..

Dalam pukul 11.00 aku sampai dan minta izin guard untuk melawat. Padahal waktu melawat sebenar dalam 12.30pm. Nasib baik dia bagi. Terima kasih Mak Guard!

Wife kelihatan lemah. Kesiannya Ya Allah..Tapi masih terukir senyuman melihat aku datang. (mungkin mengharapkan lawak jenaka daripada aku kot..hehehe) Aku bawa bubur ayam. Dia makan perlahan-lahan. Katanya kontraksi semakin dekat tapi masih belum ada tanda-tanda besar. Aku geram tapi tahan je. Nanti wife makin tension. Ye lahh...cakap kalau tak bersalin kena induce biar bersalin hari ni. Sekali tak jadi! Ya Allah sabarkan hatiku. Mungkin ada hikmahnya.

Hari ini aku melawat macam biasa. Petang pun aku datang. Keluarga dua belah pihak asyik message tanya status. Aku dah naik penat dan tension gak. Nak tau tension ke tak tanyalah adik ipar aku, Farred..aku message kat dia apa ek..tapi kira luahan perasaan yang mendalam. Terkejut gak dia. Hehehe. Sorry jadi tempat luahan perasaan. :)

Tepat pukul 7.30pm masih macam tu. Wife dah baring mengereng dah. Masih takde apa-apa. Aku kata mungkin nak tunggu 15hb Jun 2009 kot sebab Doktor dah kata hari tu..paling lambat 15hb kita akan PAKSA WIFE U BERSALIN!! Hmmm..aku pasrah pada qada' dan qadar. Aku minta izin pulang daripada isteri tercinta. Dahinya kucium..aku perasan wfie tenung aku daripada tadi. Hati aku sebak. Syaitan mula menghasut menyuruh aku memikirkan yang bukan-bukan. Ya Allah..tolonglah hambamu ini.

"Sayang..B minta maaf eh segalanya!", pintaku sedih.

"isk..isk..Sayang pun sama B. Halalkan makan minum Sayang ye", aiseh menangis lak..

"B dah lama maafkan Sayang"

Aku tak tau kenapa malam ni kami saling memohon maaf. Padahal sebelum tu masing-masing dah bercakap tetapi secara tak formal dan penuh emosi malam ni. Aku dah lama maafkan. Lepas sembahyang mesti aku 'beritahu' Allah yang aku dah maafkan dirinya daripada hujung kaki sampai hujung rambut. Halalkan segalanya!

Aku melangkah turun dan sempat memalingkan kepala melihat isteriku sekali lagi. Ya Allah...sebak hati. Kepala masih memikirkan yang bukan-bukan. Jangan takut Sayang. Walau lambat macamanapun B akan tunggu!

Aku memandu kereta perlahan menuju ke rumah Lima Kedai. Malam ni nak basuh baju dan kain batik Sayang. Nak kemas sikit rumah. Dalam perjalanan Nazri call dan ajak minum. Aku jumpa dia kat Mutiara Rini. Lepak kedai mamak. Baru aku perasan yang aku tak makan tengah hari dan malam. Tengah dok menunggu makanan lebih kurang pukul 8 (setengah jam selepas aku meninggalkan hospital) ada message!

'SAYANG DAH MASUK LABOUR ROOM!'

Message yang lama aku tunggu muncul! Ya Allah..dah masuk ke. Rasa ralat sebab aku takde sebelah dia masa dia disorong ke Labour Room. Menyesal dan segala-galanya. Aku try call..tapi tak dapat. Off phone! Aku cuba tenangkan hati. Nazri nasihatkan aku makan dahulu dan balik rumah. Mandi dan bersiap. Jangan gopoh..lagipun kalau aku datang tetap tak boleh masuk. Thanks bro for your advice.

Aku sampai rumah..Aku solat Isyak dan membaca Yaasin.Menitik air mata tatkala membaca doa memohon kesejahteraan isteri dan kandungan. Sempat kemas rumah, basuh baju dan mengemas beg untuk dibawa ke sana. Aku tak kira. Aku nak pergi hospital malam ni juga. Tiba-tiba ayah aku message,

"Kat TV2 ada cerita bertajuk 'HERO ATUK', dan nak tau nama cucunya IMAN!'

Kebetulan aku yang tak pernah menonton TV2 memang tengah buka channel tu. What a coincidence! Aku tau semua suspen.

Setelah siap semua aku angkut baju yang dah kering tu dalam kereta. Sebab takut wife nak guna esok. Aku memang tak bagi dia bawa baju banyak-banyak. Mcm nak duduk lama lak. Kira macam doa la. Tu yang bawa sikit...

(Bersambung lagi..)





0 comments: