.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Wednesday, August 19, 2009

Gambar Iman untuk Tok Mak, Atuk dan pakcik-makcik






Muhammad Iman bersama Mummy dan Papa. Dah besar anak kami. Usia Iman dah 2 bulan lebih. Dia suka betul kalau aku dukung macam tu. Kuat leher dia. Tapi aku ampu juga la pakai tangan takut nanti terlentok je..payah pulak.





Mummy dan Iman tersayang..Geramlah tu! Iman kalau dah kenyang, suka main-main. Kami selalu agah-agah dia. Nanti dia senyum mengekek-ngekek (betul ke aku eja?). Kadang-kadang aku yang suka berbual dengan dia. Just bagi dia dengar new words. Nanti bertambah-tambah ilmu dia. Yang paling aku sibuk ajar nak panggil 'papa' and 'mummy'.





Antara gambar Iman yang baru..Aku pun sibuk nak interframe.Hehehehe





Gambar di atas semasa Iman ada medical check up di Klinik Gelang Patah. Masa tu baru 1 bulan lebih. Menyusu je Iman ni..hehehe biar besar dengan sihat ye!

Friday, August 14, 2009

Alhamdulillah,Iman bertambah pulih

Iman nyenyak tidur dalam buai

Setelah aku cek pukul 10.00 malam tadi ni, temperature iman menuruk kepada 36.7. Normal dah. Harap-harap tak naik lagi. Papa masih tuam kepala Iman. Kali ni sapu terus air suam sejuk. Mak sini letak daun aloevera dan daun bunga raya dalam bekas air tu. Petua dia kot. Dari pukul 8.00 malam tadi Iman tidur nyenyak sampai la ni, pukul 10.30 malam, Mummy bangunkan dia untuk bagi susu dan makan ubat. Aku cukup pantang kalau orang tak makan ubat. Lagi-lagi antibiotik. Penting tu.

Okeylah. Esok Papa kerja. Mummy jaga Iman. Iman jangan nakal-nakal tau. Nanti Mummy bagi ubat jangan nangis. Mummy dan Iman tido uma mak Gelang Patah. Aku??? tak tau lagi.

Iman ke Klinik


Iman nak cerita panjang pun payah sebab demam..bacalah blog Papa!
Doakan Iman baik demam eh...

Thursday, August 13, 2009

InsyaAllah Iman ok

Wah wah....

Tengok..Iman senyum!

Aku x bawa Iman gi klinik pun. Aku rasa dia dah start kenal kami dan rindu. Sebab bila wife balik senyap je dia. Malam pun tidur nyenyak..Banyak minum susu. InsyaAllah...xde apa-apa.

HARI NI IMAN GENAP DUA BULAN. ALHAMDULILLAH!

Wednesday, August 12, 2009

Iman demam panas ??


Aku bekerja sorang hari ni di ofis. Pukul 11.00 pagi ayah mertua telefon menyatakan Iman menangis dari tadi. Aku call wife dan minta dia pulang sekarang juga. Dalam setengah jam wife beritahu Iman ok bila disusukan. Tapi mak mertuaku punya sedih sampai menangis. Kesian dia.

Dalam pukul 2 petang wife nak masuk kerja semula. Tapi tak lama lepas tu aku dapat message lagi menyatakan Iman menangis dan badan panas. Ya Allah...risau lak aku. dahlah macam-macam penyakit sekarang ni. Pagi tadi pun sebenarnya dia dah start nangis..banyak minum susu. Selalu bangun pagi diam je.

Aku tengah tunggu bebudak ofis balik makan. Lepas tu minta izinlah Emergency, balik nak bawa Iman gi klinik. Japp..hati macam tak sedap. Call wife jap.....

................................

Aku dengar suara wife ok. Iman tak nangis. Nak ngempeng je. Badan panas, tapi cek temp. normal. Agaknya sebab nak tukar bulan. Esok Muhammad Iman masuk 2 bulan. Dulu pun gitu. Masa nak masuk sebulan. Melalak dia..taknak tidurla..Wife kata takyah bawa gi klinik. Aku suruh tuam air kat badan dan kepala. Mungkin badan dia sakit sebab bila pegang dia nangis. So baringkan je. Sebenarnya pagi tadi kitaorang try meniarapkan dia. Lama gak la. Tapi tak nangis pun masa tu..Hmmm..

So....tak jadilah aku balik. Tunggu pukul 7.00 Papa balik ye Iman..