.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Wednesday, July 1, 2009

Kisah awal kelahiran Iman bermula kini..


Pagi Khamis,11 June 2009 7.15am aku seperti biasa mengemas kereta sebelum pergi kerja. Tengah punggah kasut aku, tiba-tiba Kak Long (akak wife aku) jerit. Pada mulanya tak celar dan aku minta ulang balik..

"Dah ada tanda..ada darah kuar!"

Dengan gaya lompat kijang aku terkam masuk dalam rumah dan mencari isteriku di bilik. Memang ada darah! tapi tak banyak seperti yang orang cakap kat aku. Rilek..rilek.. kena cool.
Aku minta dia bersiap sementara aku gi mandi. Kami perlu ke Klinik Desa Paya Mengkuang terlebih dahulu. Taknak gi HSAJB lagi. Kang kena balik macam hari tu (dua kali tau pergi) Dalam kepala aku mencongak-congak..dah lebih 2 hari ni! dah sampai masa kot.

Sampai di Klinik Desa, staff bertugas, Kak Latifah...

"Assalamualaikum kak..ada keluar darahla", beritahu wife kepadanya.

"Sakit tak?", jawabnya ringkas.

"Tak..tapi risaula"

"Haaa...kalau tak sakit takyah gi HSA. Nanti kena balik semula.Tunggu sakit betul..menggeliat nanti baru pergi", jawabnya tanpa memeriksa isteriku. Waktu itu dia dalam bilik hanya menjerit sambil mengemas.

Peerrrggghh geram aku. Macam tu je. Dalam hati tak berapa nak confident. Kami pulang dalam debaran. Mak minta isteri baring dan rilek. Aku gelabah gak..

"Sayang..kita tunggu tanda lagi besar eh. B pun penat kalau ulang alik ke hospital", pujukku setelah isteri memberitahu sakitnya tak berapa sangat.

Selang setengah jam kemudian kepala aku berfikir..

'Tak sakit..tapi mana tau memang tak sakit sekali dah bukak jalan..sebab aku pernah dengar kes macam tu..nanti kalau bersalin dalam keta..sapa nak jawab???'

Aku beritahu wife lepas Zuhur dan makan tengahhari kita ke Hospital. OK!

Dalam pukul 2.30 kami menuju ke HSAJB. Sampai je nak cari parking wife nak ikut (selalu aku hantar depan pintu masuk) Dia kata biar cepat sikit kontraksi. Waktu ini sakitnya ada dalam satu jam sekali.

Setelah pemeriksaan,wife diminta masuk wad. Aku bergegas ke bawah bahagian pendaftaran. Tapi ada sedikit pertelagahan (aku memang suka cari pasal)...

"Saya nak daftar isteri saya di wad kelas 1 ye" (aku nak wife selesa)

"Encik tak boleh terus daftar. Naik dulu ke wad 1 dan nanti dia tengok keadaan isteri Encik barulah kita bagi masuk", jawapan yang memusykilkan aku.

Kenapa nak tengok lagi?? Wife kan dah cek tadi. Dah nak bersalinpun. Mesti ada apa-apa ni!!! Haaaa aku dapat tangkap.

"Awak cakap je la terus terang. Kami tau yang kami bukan Anggota Kerajaan. Tapi saya ada duit nak masuk (Deposit RM800) !", aku jerkah dia..

"Hmmm..sebenarnya macam tulah Encik. Kita takut ada Anggota Kerajaan yang nak wad 1 takde bilik..", jawabnya perlahan. Aku tak taulah dia dah terkencing ke apa..

"Takpelah..saya faham. Saya malas nak bertekak pasal hal ni. Awak masukkan je wife saya ke wad 3. Takpe..Parents saya pun Cikgu, saya faham!", aku cuba tenangkan diri. Malas nak gaduh-gaduh.

Akhirnya wife masuk ke wad 3. Cuma no. katil berbeza. Mula-mula masuk katil 108. Kali ni sebelah je Katil 107. Wife aku tinggalkan. Perasaan aku masa tu tak yah citela..Berdegup!



Aku masuk dalam keta dan telefon kawanku yang duduk di Bandar Baru Uda. Malam tu aku tidur rumah dia. Jam dah menunjukkan pukul 9.00 malam.

Pukul 10.00pm wife message.

" Baru 3cm..kalau malam ni tak bersalin..pagi esok kena masuk ubat "

Hati aku makin risau. Dalam kepala plan masa. Macamana ek. Tapi sekarang HSAJB tak benarkan suami masuk ke dalam bilik bersalin kerana baru-baru hari tu ada seorang warga Malaysia ni yang dah 'terlempang' doktor yang membidankan bini dia. Dia meracau! Ada ke dia ingat Doktor tu main-main. Haa...pasal dia semua terkena. Apa daaaaa Macha! Jadi aku tau walau aku tunggu kat bawah hospital tetap takleh masuk bilik bersalin. SO aku cakap ngan wife yang aku akan datang esok pagi. InsyaAllah..iMan keluar nanti B sempat azankan. Kepala aku dah migrain!!!!

"Sayang, B tau sayang sakit. Tahan ye..."

(Cerita bersambung lagi nanti....)





0 comments: