.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Wednesday, July 1, 2009

Malam pertama di HSAJB

30 MAY 2009

4.50pm

Aku sedang mengira-ngira waktu untuk pulang setelah sehari suntuk di SMK Tanjung Adang kerana menyertai Pameran ICT peringkat negeri Johor.

"isssshhh..lambatnya nak pukul 5.00pm", aku resah

4.53pm
Ada call..DARIPADA SAYANG!

"B..baliklah gi Klinik Desa. Sakit sangat perut ni. Baby pun kurang gerak!"

Aku tarik nafas dalam-dalam dan terus beritahu klik aku yang aku terpaksa balik awal 7 minit. Aku gegas berlari dan memecut kenderaan aku pulang.

5.10pm
Aku sampai rumah mak dan terus pegang perut wife.KERAS! Serta merta aku bawa dia ke Klinik. Setelah pemeriksaan oleh Bidan, Kak Jamaliah. Ini jawapannya..

"Dah ada kuar darah sikit ni! baik gi hospital"

Ya Allah..risau gak aku. Tapi control beb. Taknak wife nampak. Mulanya aku decide untuk tunggu sebab nanti kena balik semula sebab air ketuban tak keluar lagi. Tapi bila wife kata baby tak aktif, aku buat keputusan untuk terus ke HSAJB. Sempat gak singgah umah mak untuk mandi dan berkemas serta sembahyang Asar.Kami keluar rumah dalam pukul 5.40pm.Aku lihat wife dah salam minta maaf dengan Kak Long. Macam nak nangis je. Sian dia. Pastu wife minta singgah di tempat mak kerja. Aku ingatkan nak minta maaf je rupanya siap nak melantak dulu. Yelah kalau kena tahan wad susah gak..lapar nanti. Dalam pukul 6.15 kami bertolak ke JB.

Dalam perjalanan, kepala mula risau sebab takut jalan jem. Sekarang ni tengah JOM HEBOH TV3 di Danga Bay, Johor Bahru. Dengan segala skill yang ada aku berjaya gak sampai ke HSAJB dalam setengah jam. Ikut Jalan Ayer Molek la apa lagi. Nasib baik bini aku dapat laki bijak!


7.35pm
Wife masuk ke Bilik Saringan. Aku tunggu kat luar sambl baca buku yang aku beli hari tu di MPH. Ada gunanya gak. Aiiii apalah lama sangat Doktor cek ni. Mulut dah terkumat kamit baca ayat Al-Quran dan selawat.

8.40pm
Wife keluar. Aku terus 'terkam' dan tanya,

"Macamana Sayang?"
"Kena tahan wad sebab dah ada darah kuar", jawabnya ringkas dan terus ke toilet.

Aik..macam rilek je. Aku terus pergi daftar. Wife tinggal di Bilik Saringan. Ada cerita sikit masa nak daftar..

Ada 3 kelas wad kat sini. Wad 1,2 dan 3. Tapi perbezaannya kelakar terutama wad 2 dan 3.

Wad 1:
Ada 3 jenis. RM 80 satu hari,RM60 satu hari dan RM40 satu hari. Bezanya daripada segi bilangan katil. Aku tak pasti yang RM80 dan RM60. Tapi yang RM40 ada 4 katil je. Tandas di dalam bilik. Deposit RM800. Bukan aku taknak ambik sebab takde duit tapi (maaf cakap) pada aku selagi nama Hospital Kerajaan layanan pasti sama je. Makanpun takde beza. Cuma katanya special sikit (ada beefstik tak?) Lagipun takut kalau wife aku masuk nanti katil selebihnya takde orang..mau gigli dia tinggal sorang. So K.I.V!

Wad 2:
Deposit tak pasti. Bilangan katil tak pasti tapi sama seperti satu pemandangan biasa di hospital kerajaan. Macam dalam 'DORM' ,katil banyak. Makan dalam pinggan. Tapi makan special (aku tak tau apa yang specialnya) Kipas siling dan tandas di luar.

Wad 3:
Deposit RM15.00. Bilangan katil tak pasti tapi satu pemandangan biasa di hospital kerajaan. Macam dalam 'DORM' katil banyak. Makan dalam tray. Kipas siling dan tandas di luar.

Apa yang korang nampak perbezaan wad 2 dan 3??

MAKANAN DIHIDANG! Wad 2 dalam PINGGAN, Wad 3 dalam TRAY!!

Aku pun tak paham. Cuma beza menu sedikit dan cara dihidang. Apa-apa jelah. Aku putuskan untuk ambil wad 3 kerana nak wife ada kawan dan boleh berbual-bual. Biar dia tengok orang lain yang nak bersalin macamana. Bukan aku tak boleh hantar wife ke Specialist (seperti Pakar Puteri) katanya hanya sekitar RM2,500 untuk kos bersalin dan wad terpulang kepada pilihan (rate sama dengan wad kelas 1 di hospital kerajaan) tapi memandangkan rekod wife yang pernah ada sakit serious sebelum ni dan pernah gugur 2 kali, aku putuskan ke Hospital Kerajaan. Ada member aku beritahu kakaknya terpaksa buat pinjaman Bank untuk keluar daripada Hospital Pakar kerana tak cukup wang sebab ada kos sampingan (mungkin rawatan extra kerana penyakit tertentu yang tak pasti sebelumnya-setelah bersalin baru tau dan kena tahan lagi lama dalam wad) Aku tak nak tergolong dalam kaum tu. Mau pecah kepala nanti pikir nak bayar. Berhutang je!

Apapun terima kasih kepada Kerajaan kerana menyediakan Hospital Besar ini. Bukan semua Nurse & Doktor Kerajaan kejam. Aku sentiasa berdoa moga mudah perjalanan urusan kami di sini. Bukan minta layanan istimewa tetapi cukuplah hati terasa tenang dan selesa. Aku paham mereka bekerja keras kerana ramai pesakit. Tapi budi bahasa wajib diutamakan dan sensitiviti kepada pesakit. Letak diri anda di tempat mereka. Baru tau.

8.50pm
Masuk wad. Aku punyalah semangat bawa barang-barang baby dan mummy nye. Adalah 3 beg kecil. Dapat katil 108 di Wad 3 Timur. Suasana senyap. Sume wanita yang bakal bersalin tengok aku. Mau taknye sebab aku sorang je lelaki kat situ. Macam-macam rupa ada. Dengan yang tidur, mengereng, terlentang ( yang malunya bajunya terbuka-sebab panas dalam ni. bahang!) Aku yang naik segan. Aku tundukkan pandangan. Katilku kemas. Barangku letak.

"Lepas habis kemas, suami sila pulang ye!" kata nurse memecah kesunyian. Sume mata tertumpu kat aku.

Ni yang aku geram balik. Nampak tak ayat yang digunakan? Tak ble ke lebih specifik cakap kat aku. Ini bagi ayat general (ko tak tau ke aku anak Cikgu?) Seolah-olah ayat perli ataupun macam SOUND! Cakaplah...

"Encik..nanti bila dah habis kemas Encik kena pulang ye sebab tak boleh lama" sambil senyum ke..dahla wife tengah sakit.

Kan elok kalau direct macam tu. isshhh tak paham aku. Lantas aku cepat cium isteri tersayang .

"Sayang..B sayang sangat kat Sayang. Jangan takut. B ada kat bawah (tido dalam keta)"
"Terima kasih B", balas wife ringkas. Aku tau dia sakit.

Aku melangkah pergi sambil dalam hati sedih kerana aku tau yang aku dah mula rindu pada dia pada langkah pertama aku gerak.

'B doakan sayang selamat.Ya Allah Kau lindungilah isteri dan kandungannya.Amin'


9.30pm
Aku lepak dalam keta. Plan asal memang nak tidur dalam keta (poyo je) tapi bateri HP aku makin kong. Sambil nak tertidur aku main message dengan wife dan ahli keluarga yang bertanya khabar. TV3 ku pasang...boring je. Sunroof ku buka...banyak nyamuk lak! Last-last aku decide untuk cari hotel terdekat yang murah. Aku call wife dan nyatakan yang aku akan check in kat hotel terdekat. Dia kata sukatila.

Dalam nak mencari hotel aku teringat kawan aku. baik aku stay uma dia sebab tak jauh. Area Larkin je. Sebab utama taknak balik takut wife bersalin malam ni. Jalan sure jem sebab ada JOM HEBOH. So aku call dia dan minta izin stay. Dia ok je. Lalu malam ni aku tido uma dia.

Setelah sembahyang Isyaq aku tengok TV. Mata dah ngantuk tapi kepala dok pikir apa yang Sayang buat sekarang ni. Hmmm kalau la diizinkan aku stay sebelah dia memang aku tidur kat kerusi je. Takpe Sayang..Tak lama lagi......

(Cerita ini akan bersambung lagi. Tapi tak tau bila. Yang pasti dalam masa terdekat. Maaf kalau lambat) Sori..gambar tak dapat nak masukkan sebab wayar tertinggal uma mak. Post ini di buat pada 31 May 2009 di rumah sendiri.










0 comments: