Dah dua hari mata Iman sebelah kanan macam merah dan ada taik mata. Taik mata tu plak bukan setakat time dia bangun tidur..tapi waktu petang dan malam pun ada. Kami dah perasan 3 hari lepas bila dia nak buka mata sebelah kanan tu mesti tak ble bukak. Sian dia. Atuk dan mak tok Yong Peng selalu telefon tanya khabar. Risau diaorang. Semalam aku pergi sendiri Klinik Desa minta ubat sakit mata. 1 hari 3 titik.
Masa tengah kerja aku cuba minta pendapat kawan-kawan. Ada yang bagitau tanda demam kuning (jaundice), ada yang kata sebab panas, memang penyakit biasa baby pun ada. Aku pn tak tau mana yang betul. Tapi Iman memang dah nak kena kuning sikit masa minggu lepas. Nurse yang datang cek kata dah ok.
Status sekarang mata yang dulunya kuning sikit dan kemudian merah dah mula hilang sikit-sikit. Taik mata pun tak banyak. Aku selalu perhatikan dan kalau esok tak ok..aku bawa gi Klinik gak. Bukan tak nak dengar apa orang advise tapi jumpa doktor adalah langkah yang terbaik..Apapun doakan ye.
Semalam juga aku belikan Iman tilam baby yang baru.'LOONEY TUNES' kaler biru. Selesa sikit. Yang lama tu nipis sangat. Tak sampai hati aku tengok. Malam semalam dia tidur agak tak selesa sikit. Mungkin tilam baru. Pagi tadi aku tengok nyenyak je. Untuk mummy dia aku belikan tilam alas duduk sebab sejak balik daripada hospital 2 minggu lepas dia memang tidur kat sofa (secara duduk) sebab susah nak baring-duduk untuk menyusukan Iman. Biar dia selesa. Beserta head rest. Tengkuk tak sakit nanti. Kesian aku tengok. Aku pun turut serta tidur kat TOTO je bawah kaki Sayang. Dekat dgn Iman. Sakit gak la badan. tapi hari tu dah gi urut.
Apa yang aku perasan sekarang ni bila Iman menangis dan aku dukung..mesti dia diam bila aku start bercerita. Tak kiralah cerita apa..Kadang-kadang aku cerita aktiviti aku satu hari (bekerja..jumpa customer) dan adakalanya aku cerita kisah kanak-kanak (nasib aku baik kerana waktu kecil aku selalu baca buku cerita sebegitu dan pernah mewakili Daerah -waktu sekolah dalam pertandingan kisah Nabi, Cerita Kanak-kanak sedunia, Kisah Tauladan) Dan aku masih ingat cerita-cerita tu. Terima kasih Ayah & Mak yang menggalakkan aku. Kini aku tau kegunaannya bila aku mampu bercerita (kalau cerita arnab & kura-kura, aku siap tukar suara lagi. Hehehe)
Memang banyak dugaan dan pada aku semua ni cabaran dan akan menjadi memori indah buat kami sekeluarga. Aku harap kami berdua dapat menghadapi semuanya ini sehingga keadaan benar-benar stabil. Aku tahu dugaan dan cabaran selepas ini lebih besar dan benar-benar menguji aku sekiranya aku tak bersedia. Terima kasih kepada mak dan ayah di G.Patah yang membantu kami sepanjang berada di rumah. Buat Mak dan Ayah di yong Peng terima kasih di atas segala nasihat dan tunjuk ajar. Abang akan buktikan yang anak mak & ayah mampu menjadi Papa yang Mithali. Amin.
p/s gambar aku akan upload nanti

0 comments:
Post a Comment