.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Wednesday, July 1, 2009

Hari ketiga yang panas sangat di HSAJB


01 June 2009

Pagi ni dua post aku submit sebab aku takut terlupa apa yang berlaku. Ini post yang kedua. Yang pertama sebelah bawah. So korang scroll down untuk baca post sebelumnya.

Hari ni pagi-pagi wife message beritahu yang bateri handphone dah merah.Dah kong la maknanya tu. Alamak. Macamana ek..kat spital takble charge. Ada sticker stated 'Tidak dibenarkan charge handphone'. Kedekut betul! Aaaahh aku bawak je extension wire. Pandai-pandaila sorok-sorok nanti. Tapi yang peliknya kipas ble pulak bawak. Sama je kan?

Dalam pukul 8.00 pagi aku dah siap (tapi tak mandi lagi) mesti korang pelikkan? Takkan nak gi hospital tak mandi! Sebenarnya aku nak gi gunting rambut dulu (bukan botak eh) dan yang paling penting segala pentingnya..Korang tau sebenarnya dalam kesibukan aku menguruskan isteri aku terlupa lesen memandu aku dah mati sejak Jumaat. So maknanya dah 3 hari aku bawa kereta takde lesen memandu yang sah! Hahaha. Pelupa betul. Padahal aku dah update reminder dalam diari. Sebabnya diari/organizer aku pun tak sempat bukak.

Dalam pukul 8.20 pagi aku sampai kat Pejabat Pos Gelang Patah. Dah ramai plak yang beratur, Aku yang ke enam. Tunggu je la nanti kang tak re-new naya punya kes.Nasib baik tak lama, dalam 15 minit je tunggu. Aku ni jenis tak suka tunggu lama-lama. Merentan nanti! Ok nak gi gunting rambut. Nak jumpa wife kena emsem2. Baru dia bangga ada laki pandai jaga penampilan (puji diri sendiri..ahak) Sekali tutup da hari Isnin.

Aku memang suka kedai gunting rambut tu. Orang Cina tapi ilmu customer relationship dia bagus. Pakai suar pendek je. Ada dua orang. Aku sanggup tunggu 1 jam sebab dalam kedai dia ada banyak majalah. URTV, MANGGA, HAI, suratkhabar melayu pun ada. Bolehlah hilangkan boring. Banyak gila bahan bacaan walaupun ntahapaapantah. Pastu diaorang tau cutting terbaru. Aku selalu ptong pendek dan layer. Memang cantik. Kalau budak-budak diaprang bagi gula-gula lepas gunting. Bayar RM6.00 je. Mana nak cari tempat yang macam tu. Ada masa aku ambik gambar. Pagi ni 2 Jun 2009 aku akan gi sana lagi. Kalau bukak..kasi gunting pendek. Kemas. Kan nak jadi PAPA.

Bila tak jadi gunting aku terus ke uma mak mertua aku. Dengan tak malunya nak sarapan. Sampai rumah aku terkejut. Anak-anak buah aku sibuk gotong royong termasuk yang kecik, Nadhirah (aku sayang dia sangat sebab dia comel gila). Yang Najmi sibuk korek longkang. Mak pulak kemas dalam rumah. Habis semua habuk musnah. Ayah tengah betulkan tingkap bilik untuk wife bila balik nanti. Aku tengok bilik 'persinggahan; dah kemas.

TERIMA KASIH SEMUA! SORI TAK DAPAT NAK TOLONG!

Aku terus packing barang wife untuk dibawa ke hospital. Perut dah bunyi. Ada putu mayam! apa lagi sebattttt!!!

Dalam 9.00 pagi aku gerak ke Hospital. bawa slow je. Sebab masih awal. Tapi rindu punya pasal dapat tengok bumbung hospital dulu pun takpe. Lama gak aku tunggu kat bawah hospital. Pukul 11.00 pagi aku gi beli suratkhabar. Masa tu pulak ramai orang (clients, lawyer, banker dan ofis) keep calling. Ada je hal. Alhamdulillah..walaupun aku tak datang keje dah dua hari. Aku ada booking untuk rumah Semi D Double Storey RM609,000. Rasanya ok customer ni. Dari Singapore. Thank you Mr. Chia! Salina, Going to be Sales Manager, tak habis-habis puji aku sebab kerajinan aku (hehehe..puji lagi). Masa tunggu tu aku minta updated status rumah yang belum dijual sebab ada client tanya. Dia terkejut sebab aku ada sume layout dan master control list dalam keta (aku memang standby) dan sibuk juga pikir pasal kerja walaupun wife tengah sarat nak bersalin. Aku memang pentingkan kerja kerana itulah punca pendapatan aku. Keluarga akan bertambah. Aku kena kerja kuat! Buat pengetahuan semua aku disambung contract selama tiga tahun lagi (satu pencapaian sebab orang sebelum ni cuma dua tahun je) Aku memang contract basis. Tapi takde masalah sebab benefit sama dengan permanent staff. Itulah kelebihan UEM Land Berhad. Ada yang berminat nak keje?

IKLAN LAGIK!

Pukul 11.30 aku naik atas. Sampai je wife tanya..mana barang ngan sabun? Kelakar..rupanya selama dari masuk sampai sekarang ni dia mandi tak pakai sabun. Cian dia! aku pun lupa letak sabun dalam beg dia. Aku segera turun sekali lagi. MasyaAllah panasnya. Aku naik lagi sekali dan beri sabun. Rupanya ada citer.

Awal pagi tadi wife memang ada bagitau kemungkinan dia kena balik dulu sebab masih takde apa-apa perkembangan. Tapi tetiba ada Doktor paling Otai datang wad tu dan buat spot chek check up kat semua patients. Gelabah semua nurse dan staff nurse termasuk doktor-doktor baru. Semua doktor termasuk di Bilik Saringan dipanggil. sebabnya:

1. Ada pesakit yang ditahan terlampau lama walaupun dah boleh keluar dulu.
2.Tahap bukaan pada awalnya dicatat 2.5cm tapi bila Otai cek takde langsung! Macamana tu???
3.Takde urine test dan cek tekanan darah yang kerap dilakukan.
4. Ada pesakit yang belum cukup tempoh tetapi menanggung sakit dibiarkan. Alasan Doktor baru pesakit masih belum cukup bulan. Tapi otai jawab senang "Habis tak pernah dengar Kelahiran Pra-Matang ke???" Hambik ko! Last-last masuk bilik bersalin akak tu.
5.Pesakit mengandung 6 bulan. Datang minta cek sebab gastrik. Tetapi dimasukkan ke wad bersalin. Faham tak ayat aku tu? DIa takde rasa bersalin. Datang sebab gastrik tapi masuk wad bersalin....MAKSUDNYA SALAH WAD LA! Apa da Doktor ni.

issshhh banyakla..malas aku nak tulis. Tapi wife cite doktor-doktor tu kena kaw-kaw punya. Sume pesakit tengok. Siap cakap, " kalau orang saman awak sume nak tanggungjawab ke. Asal bersalin masuk wad saya..bagi penuh padahal tak perlu!!"

Wife aku plak semalam diorang cek dah 2 cm buka..tapi bila doktor tu cek, baru 1 cm. BENGANG GUA MACAM NI!! Tiba tang wife aku sekalu doktor cakap;

"Kalau tak pecah gak, I terpaksa bagi induce, paksa u bersalin sebab baby dah normal..sempurna. Lagipun awak dah cukup bulan"

Tu yang wife terus sms aku menyatakan yang dia dipaksa bersalin. Aku berbelah bagi awalnya. Ingatkan nak normal je. Biar dah datang rasa baru bersalin dan gembira pun ada...cepat sikit dapat anak.

Sampai waktu melawat aku cek bateri wife dah tamat riwayat. Takpelah nanti Zuhur aku cas kat Masjid Sultan Abu Bakar. Aku bawa wife turun bawah..jalan-jalan lagi. Beli roti ngan air. Aku awal-awal dah melantak dulu sebab takut wife dah nak masuk labor room. Kang lapar aku makan kerusi kang! Sempat gak amik gambar. Cute kan dia pregnant?? Haaiii bilalah nak secara rasminya jadi Mummy ni??

Masa beli roti ngan air kat bawah. Sayang dia!

Pukul 2.00pm aku terus ke Masjid. Cari port baik punya dan cas handphone. Rasanya boleh kot. Takde orang marahpun. Aku derma sikit RM10.00. (hehehe bolehlah) Lepas solat aku baca Yaasin sementara tunggu battery full. Aku ada masa sampai pukul 4.00 petang. Maknanya ada dua jam. Habis Yaasin...aiikkk baru 2.30pm. Dengan tak semena-mena aku rasa macam musafir di Aidilfitri bila aku dengan selambanya baring dan terlelap dalam Masjid. Sayang..B tertido dalam Masjid. Mungkin sebab penat. Dah dua hari aku macam ni. Takpela..As long aku tak jauh dengan wife. Masjid ni dekat je dengan Hospital. Dalam 15 minit perjalanan. Berapa marhalah tak pasti plak. Hehehe.

Pukul 3.30pm aku terbangun. Bateri kira ok la. Aku bergegas bangun sebab tak nak terlajak. Penat satu badan. Ya Allah beri aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Aku perlu laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang suami dan bakal bapa! Amin. Aku langkahkan kaki ke tandas untuk basuh muka. Habis je pergi keta dan ber'hensem-henseman' (bagus betul bahasa aku!) Salin baju dan pakai minyak rambut. Baru segar sikit. Start keta dan mencari sesuatu di luar sana...APPLE JUICE!! Aku haus dan panas gila. Nasib baik ada warung dan aku lepak jap. Sorang-sorang menyedut air sejuk tu. Best betul. Alhamdulillah. Tiba-tiba aku terpikir. Apa wife aku buat ni. Telefon kat aku. issshhh dengan cepatnya aku terus bayar dan ke hospital. Sampai ngam-ngam. Terus naik atas. Ingatkan wife dah di'angkut' ke labor room. Rupanya tengah bersenang senang membaca majalah Wanita (mak bawa semalam). Oh ya..family aku di Yong Peng memang belum datang sebab aku yang tak bagi. Kalau dah masuk labor room baru aku minta dia datang. Rumah pun aku dah kemas..Kalau diorang nak 'check in' aku bagi free je duk uma aku. Hehehehe. Sori mak ayah. Kesian datang jauh-jauh. Dah nak kuar nanti aku call diaorang.

Wife kata jap lagi nak buat CTG (Cek denyutan jantung baby) Sejak kes pagi tadi yang memalukan aku tengok semua bertungkus lumus dan ada yang mula senyum pada pesakit. GOOD JOB!!! Macam ni lah bagus. Aku memang utamakan relationship dengan pelangan sebab aku terlibat dalam bidang sales. Pada aku mereka semua manusia yang ada perasaan. Jangan layan seperti pesakit tetapi layan seperti kawan. Aku cukup pantang kalau wife menolak Salesman Jalanan (maaf ye kalau bahasa kasar) yang macam jual pen, pisau etc dengan kasar. Aku juga akan menolak keran tak berapa yakin dengan kualiti. Tapi pada aku mereka ni la Salesman SEJATI!!! Sanggup berjalan di tengah panas matahari dengan memakai tali leher berkemeja..dari satu meja ke satu meja. Mereka cekal! Jadi kalau taknak tolaklah dengan senyuman dan budi bahasa. Mereka juga ada perasaan!

Sori gambar tak banyak dapat ambil sebab dah kena sound semalam. Hehehe. Malas dah. Aku cuba minta wife balik tetapi Doktor tak bagi kerana katanya tempoh bersalin hampir tiba. Ini minggu yang terakhir. Maknanya lama lah wife aku kat sini. Sabar ye Sayang. Mak dan ayah serta ahli keluarga asyik telefon. Belum lagi lahh...sabar ye! Doktor menyarankan kalau dah buka 3cm baru masuk ubat dan kena bersalin! Okeylah ikut kata Doktor.

Aku tinggalkan isteri dengan doa dan senyuman. Sayang...B balik ye. Jaga diri. Sekali lagi ciuman ku tinggalkan sebagai ingatan dan pengubat rindu. Dia tak cium aku pun. Malulah tu! Takpe..dirinya sentiasa di hati!

Malam aku susuri terus ke Gelang Patah. Nak melantak dulu. Hehehe. Jimat jimat. Lagipun boring makan sorang-sorang nanti kalau kat kedai mamak.. Pukul 9.00 aku balik ke rumah. Basuh baju lagi. issshhh suka betul aku basuh baju. Bak kata ayah aku ' aku macam dia suka basuh baju', masa dia comment tu aku baru perasan..betullah!

Waktu ini pukul 2.07 minit pagi. Esok aku dah cakap wife yang aku akan datang ngam-ngam 12.30pm sebab tak ble tahan panas yang bisa menghitamkan kulitku ke tahap legam. Pedih! setakat gelap tak kisah lagi sebab aku ble salin kulit! Huahauahaua. Takdelah. Pedih menyengat. Pening lagi nanti. Lagipun esok nak gunting rambut.

'Buat Sayang..kesakitan sayang tu akan dibalas pahala dan Syurga kelak. Janganlah kau sesali dan mengeluh. Itulah kelebihan wanita. Hadapi dengan tabah dan tenang. Kita hampir ke satu fasa baru dalam hidup berumahtangga. Cekalkan hati dan itulah pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.'

Si kecil ini sekarang tengah menanti anaknya yang pertama untuk bergelar bapa. Inilah aku sewaktu kecil.

Sayang both of you dunia dan akhirat!

Mak..terima kasih lahirkan abang ke dunia ini! Ayah..terima kasih di atas pengorbanan ayah. Kini Abang faham dan mengerti dengan jelas kepayahan dan kesusahan untuk melahirkan abang. Abang tak sabar nak tunggu post terbaru ayah tentang kelahiran MOHD.NOOR AZAM BIN ATEH. (memang betul kata ayah..iMan ni macam Papa nye juga..payah nak kuar.)





0 comments: