.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Wednesday, July 1, 2009

Basuh baby court..

Dah seminggu aku tidur uma mak mertua aku menemani isteri merangkap 'jaga' setiap malam. Yelah buat dia nak bersalin kang..tak pasal-pasal aku gabra. Aku bawak baju pun dua tiga helai je. Kebetulan hari minggu Sabtu & Ahad aku bercuti. Aku mengambil kesempatan menolong mengemas rumah apa yang patut. Yelah duduk buta-buta kat sini tak nolong mau kena belasah telinga kang. Hehehe

Hari Sabtu, aku dah bangun kul 6.30 pagi.Pastu takleh terus tidur. Memang aku tak biasakan diri untuk sambung tidur.'Tak murah rezeki'...LAgipun bapak aku memang ajar anak-anak dia untuk bangun pagi dan pantang kalau tidur balik. Jadi aku dah terbiasa walaupun hari cuti.

Kepala pikir...apa aku nak buat lagi ek..Ooooo baby court yang Kak Long bagi pinjam lum basuh. Aku pun angkut turun bawah dan pasang dengan ditolong oleh adik ipar aku, Alim. Terima kasih. Proses pembersihan dan memberus berjalan lancar. Cantik lagi baby court nih. Warna biru lak. Memang warna tema anak aku nanti. Tengah-tengah basuh, wife curik-curik amik gambar. Bagusla ada bukti sikit aku buat keje.Hehehhe. Taklah susah sangat nak berus sebab tak kotor sangat. Nasib baik Kak Long dengan rela hatinya sudi meminjamkan memandangkan anaknya dah dua tahun, tak gunakan lagi. Anyway Terima Kasih banyak buat Kak Long. Jimat sikit. :)

Sebut pasal isteri ni..lambat pulak rasanya. 9 bulan menunggu tak rasa lama. Tapi tinggal beberapa minggu ataupun hari ni..makin lambat lak. Apapun InsyaAllah..bila-bila masa sahaja.

Okeylah kan. Cantik lagi tau!


Sedang poyo memberus apa yang patut!



post signature





0 comments: