.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Wednesday, July 1, 2009

Dah bukak 1cm! ada sikit kontraksi!


Post kali ni takde gambar sebab aku malas nak amik gambar. Nanti korang kata asik gambar yang sama je. Hari ni pergi Check up lagi sekali di Puteri Specialist dengan Dr. Noor Aini. Cuma kali ni pergi petang sebab Doktor ada operation kes pagi.

Sampai je kena buat CTG (Cek Jantung baby) Kali ni sekejap je. Adalah dalam 20 minit. selalu 30-40 minit. Masuk je bilik doktor...

"Rasidah..ada rasa sakit tak?", tanya Doktor sambil melihat laporan CTG.

"Entahla Doktor. Sakit adalah tapi tak tau kontraksi ke tak", balas kami hampir serentak.

"Tapi kalau ikut laporan ni dah ada kontraksi sedikit.."jawapan Doktor membuatkan kami tersentak. Aiiikkk..dah nak ke???

Selanjutnya Doktor mula melihat bukaan dan keputusannya..

"DAH BUKA 1cm!"

Tapi gua rilek je walaupun hati macam gembira campur terkejut sebab Doktor kata ini mau-mau seminggu lagi. Eleh...lambat no! Kitaprang memang dah tak sabar. Wife pernah cakap yang dia dah bersedia untuk bersalin. Hmmm...pada aku mungkin lambat sikit sebab dia syok duk dalam tu. Bak kata Atuk Yong Peng (ayah aku la), " Agaknya dia suka duk dalam tu"..issshh ayah ni doalah biar cepat kuar. :)

Semua orang sedang menanti. Budak ofis aku termasuk main ofis UEM Land pun sibuk tanya. Macamana diaorang tau pun aku tak pasti. Sebab aku bagitau beberapa orang je. Lawyer merangkap member kamcing aku, En. Asri pun siap cakap..agaknya ko tipu aku tak? Bini ko letak bantal dalam perut.

Hehehe..ada ka patut. Takkan nak tipu lak. Sebenarnya dia boring sebab aku dah lama tak lepak ngan diaorang. Jeleslah tu. Padan muka. Sabarlah..everything selamat aku akan luangkan sikit masa ngan korang cuma agak terbatas la. Mestilah nak balik cepat sebab ada buah hati dah nanti. Sian lak wife kena jaga baby sensorang. Aku plak memang nak dia kuar cepat sebabnya aku dah rasa nak amik cuti panjang. Penat. Tapi kerja masih diteruskan sebab sales makin bertambah dan maju. Alhamdulillah. Esok pun aku turut serta dalam Pameran ICT di SMK Tanjung Adang (sekolah Pintar Nusajaya) dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Nasib baik tak jauh sangat. Aku risau gak kalau buatnya nak bersalin dalam minggu ni sebab JB tengah jem teruk samapai Ahad sebab ada JOM HEBOH! kat Danga Bay. Dan yang pasti laluan kami untuk ke hospital jem teruk sebab kena lalu betul-betul depan Danga Bay. Kepala dah pikir nak ikut Larkin je andainya masa dah tiba. Apapun tunggu je la.

Lagi satu mulut aku ble tersasul plak depan kawan-kawan bernazar

'KALAU BINI AKU BERSALIN SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAH MALAM HARI AHAD (KIRA SEBELUM ISNIN LA) AKU NAK BOTAK KEPALA!'

hambik ko. Kalau bersalin kenalah aku botak. Hehehe. Takpe-takpe. Kalau Iman nak tengok Papa botak...keluarlah!


Sekarang ni segala persiapan dah siap. Baju-baju aku pun dah packing sebab aku plan tak nak balik uma bila wife masuk spital sebab tak nak jauh ngan dia. Apa-apahal aku dekat je. Yelah JB ni punya trafik susah nak agak. Tuala, ubat gigi, baju semualah dah packing masuk beg. Aku plan tido dalam keta je. TV pun ada dalam keta. Boring-boring tengok DVD. Bukak sunroof..tido! Aku tak sampai hati nak tinggalkan wife. Kalau boleh diizinkan Allah aku nak berada sebelah dia masa bersalin. Walaupun aku ni jenis 'agak seram' kalau tengok darah, tapi aku kena cekalkan hati sebab aku nak tengok dengan mata aku sendiri pengorbanan seorang ibu waktu melahirkan anak. Aku nak rasa sendiri perasaan tu. InsyaAllah janganlah aku yang pitam nanti. Baby pun sekarang dah makin bijak bertindak balas bila dengar suara aku. Aku selalu bacakan ayat-ayat Al Quran, nyanyi lagu-lagu kanak-kanak. dan kalau dah ada darah 'cikgu' dalam badan ni memang macam ni-aku siap ajar ABC ngan Matematik serta tidak dilupakan English. Hehehe. Macam lawakkan? Tapi aku nak dia biasa dengar. Jadi senang sikit nak ajar bila besar. Ahri-hari benda yang sama. Kadang-kadang aku sebut nama orang-orang yang terdekat. Nama Mummy ngan Papa dia, nama atuk dan nenek, nama pakcik2 dan makcik2 dia..jadi dia kenal (agaknya lah). Dan yang paling penting aku bisik pada dia pesanan daripada Papa dia, kira nasihat-nasihat rasmi la. Takyah la aku cite. Ala..macam nasihat seorang bapa kepada anak. Ceewaaahhh. Macam bapak aku nasihatkan aku dulu. ADALAAAAHHH!

Okeylah..ada masa aku sembang-sembang lagi. Buat adik aku Uda, dah ada blog tu jangan tak update lak. Apapun semua ketentuan ni dah ditakdirkan ALLAH. Semua ada hikmahnya. Kami dah melalui dua kali dan kami faham perasaan Uda. Yang penting lupakan apa yang berlaku dan USAHA JANGAN TAK USAHA. NAK PANDUAN TANYA ABANG KO NIH! HAHAHAHAHA






0 comments: