.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Wednesday, July 1, 2009

Hari penentu segalanya


Pukul 11.17 malam aku sampai HSAJB. Aku cek dengan Nurse. Masih 4cm! Aik..lambatnya. Aku tunggu kat standby room. Aahhh..mengantuk lak. Aku cuba baca buku yang aku bawa. Tapi tak ble masuk kepala. Mulut terkumat kamit membaca Surah Al-Ikhlas.

1.41am Masih 4cm. Aku baca mastika lak. Aku cuba berfikir logik. Beritahu Nurse yang aku ada di bawah. Tinggalkan nombor telefon. Dalam kereta aku cuba cari position yang selesa untuk tidur. Banyak nyamuk lak. Aku sapu minyak panas kat kaki dan tangan, biar tanggal gigi nyamuk tu. Lelaplah juga tapi terbangun-bangun sekejap. Kadang-kadang aku bangun juga untuk ke tandas. Suasana senyap sunyi di parking lot HSAJB. Adalah dua tiga kereta masuk. Barangkali menghantar isteri yang juga hendak bersalin.

Pukul 5.00 pagi wife message! Aiiikkk dah kuar ke sebab dah ble message ni?? Aku cuba call tak angkat lak. Aku message balik. Wife beritahu dah 6cm. tapi tak boleh lagi. Sebab apabila kontraksi berlaku wife cuba berdehem dan pada masa yang sama degupan kandungan lemah. Jadi kebarangkalian untuk dia keluar agak susah. Hmmm...aku terdiam. Macamana tu? Aku berserah. Mata tak boleh lelap.

Pukul 6.00 pagi aku pergi ke Masji Sultan Abu Bakar. Solat Subuh dan mandi di sana.

Pukul 7.15 pagi aku isi minyak dan sarapan. Ayah telefon. Aku tak tau nak cakap apa. Jangkanya pagi ni. Tapi dari 8.00pm masuk labour room sampai 7.30am ni tak bersalin lagi.12 jam kat dalam tu. Macamanalah keadaan dia.

8.50 pagi wife message memberikan satu kejutan yang tak pernah kami duga..

"SAYANG KENA OPERATE.B MINTA MASUK!"

Adakah ini ujian terbesar setakat ini yaAllah. Janganlah aku diduga dengan dugaan yang lebih berat selepas ini. Aku merayu!

Aku dibenarkan masuk ke bilik bersalin dan menitik air mata melihat keadaan isteri. Macam ni rupanya. Terbaring lemah. Ada kesan darah di selimut. Tapi masih mampu senyum. Aku cium dahinya terus. Doktor menerangkan segalanya pada aku. Aku serahkan kembali padanya asalkan itu yang terbaik. Jadi pukul 9.00am wife disorong masuk ke Bilik Pembedahan. Sepanjang jalan aku membantu dan memegang kakinya. Ku gosok-gosok lembut. Aku tenung matanya yang terbuka tetapi lemah. Aku tenung puas-puas! Setiap perinci wajahnya aku lihat..

"Ya Allah..selamatkanlah kedua-duanya dalam menjalani urusan ini"

Akhirnya tepat 9.25 minit pagi pada 13 Jun 2009 Muhammad Iman selamat dilahirkan melalui kaedah caesarian. Alhamdulillah isteri dan anak selamat. Kedua-duanya discharge dua hari selepas bersalin kerana mengikut prosedur caesarian. Kini dua orang yang amat aku cintai berada di rumah.

Terima Kasih kepada yang mendoakan dan datang melawat terutama keluarga aku dan isteri serta kawan-kawan.
Hadiah daripada keluarga aku..kerusi baby.TQ dah lama aku carik

Aku tengah gementar sarungkan stokin kat Iman

Iman yang comel selepas dibersihkan dan ditukar baju.

Dewan Bedah yang meninggalkan sejarah dalam hidup kami sekeluarga

Setelah aku azankan..inilah gambar pertama Iman dalam hidupnya. Bila aku azan dia menyahut. isskkk touching plak!






0 comments: