Hari ini amat menakutkan kami berdua. Hari ini kami berdua cuti. Wife masih tak sihat kerana demam selesema. Aku memang off day.
Waktu itu aku masih mengemas rumah kerana tak lama lagi kami akan mendapat orang baru dalam keluarga kami. Wife tengah tidur dalam bilik sebab tak sihat. Dalam aku tengah lepak-lepak kat balkoni rumah setelah penat mengemas tiba-tiba aku terdengar suara jeritan wife. Dan ketika itu kelam kabut dengan telefon tiba-tiba berbunyi. Aahhh aku tak hiraukan bunyi telefon tu..aku terus berlari menuju ke bilik menyangkakan sesuatu berlaku..ingatkan nak bersalin! Tapi wife takde dalam bilik..Sudah..mana dia ni.Aku panggil lagi.Rupanya dia dalam bilik belakang terduduk sambil menangis!
"Kenapa sayang?"
"Sayang jatuh! pitam tadi. Gelap matalah!"
Ya Allah..berderau darah aku. Aku lantas memegang perut dan mata terus tertumpu pada kakinya dan lantai..takut-takut ada darah. Alhamdulillah takde. Aku pimpin wife ke depan dan baringkan. Perut keras! Aku cuba tanya dia macamana boleh macam tu. Sempat gak aku minta maaf sebab tak pimpin dia ke bilik air tadi. Aku tak sedar! ada sedikit kesal. Aku panik. Aku tekap telinga kat perut. Degupan lemah! Aku cuba sedapkan hatinya..Takde apa-apa Sayang!
Wife minta aku telefon Kak Long atau mak. Aku seram gak nak call. Takut kena marah sebab tak jaga betul-betul. Telefon ku letak balik.Hmmm..apa nak buat ek???
Haaa..aku terus telefon Puteri Specialist..nak set appointment untuk scan.Berapa kosnya tak tau..ahhh..duit boleh standby..yang penting baby ok dan isteri sihat. Ku lihat isteri menangis teresak-esak. Aku rasa baby pun tengah menangis menahan kesakitan akibat jatuh tadi.
"Sayang..kita gi Klinik la.Scan eh. Takde apa-apa ni. Tapi kita cek je" Aku cuba sedapkan hatinya walaupun aku pun hampir menangis takut ada apa-apa yang berlaku.
"Iman...Iman kuatkan sayang..tahan skit eh. Jap lagi Papa ngan Mummy bawak gi Klinik. Iman kan kuat..Jangan risau ye sayang", aku cuba bercakap dengan baby dalam perut. Ku rapatkan mulut aku ke perut wife.
Kami lantas bersiap. Kak Long telefon dan menyarankan ke Hospital Kerajaan Gelang Patah dahulu. Takut kalau gi Puteri Specialist terus kena masuk wad..besar gak kos tu. Yelah..kami pun plan nak deliver di Hospital Kerajaan je. Kami terus ke sana.
Sampai je dalm pukul 1.30pm..Hospital tutup!!! Ahhhh..macamana ni. Wife minta aku masuk jap. Cek kat Bahagian Kecemasan. Bila aku masuk je ada makcik cakap "Bukak pukul dua ye!"
Aku cuba minta belas kasihan dan menerangkan ini kecemasan. Lantas dia kata masuklah. Alhamdulillah. Aku bawa isteri masuk. Laa...Cleaner je makcik ni. Tapi siap jerit-jerit kat pesakit..Sabar! Sabar! kami terserempak dengan seorang nurse dan minta belas ihsan untuk dipercepatkan check up. DIa kata ok doktor ada lagi ni. Kami berjalan dan tiba di depan bilik doktor seorang lagi nurse yang kebetulan ada terus cakap tak boleh ni. kena tunggu pukul dua!
KEPALA HOTAK KAU LA!
Tiba-tiba ada seorang perempuan keluar dari bilik check..
" Doktor..cek pukul dua kan?"
" Iye..saya nak rehat" YA ALLAH..napelah ada manusia macam ni kat dunia???
Aku dah start angin.
"Kalau pukul dua tak payahla. Kami ke Specialist Bandar!"
Wife minta aku bersabar. Alaa..lagi setengah jam je. Agaknya Nurse tu perasan aku tengah angin so dia buat-buat check darah dan air kencing wife serta degupan jantung.
Dipendekkan cerita..wife dapat jumpa doktor dalam pukul 2.20pm setelah 40 minit menunggu. Baik tak yah masuk bahagian kecemasan. Yang aku bengang Doktor dah depan mata dan kami dalam kecemasan boleh dia nak gi solat dan makan dulu!!!!! check cuma 15 minit je. Buatnya apa-apa berlaku aku memang plan nak saman hospital ni dan Kementerian Kesihatan. Tak payahlah aku cakap hospital mana. Tapi sapa yang tau...korang ble agakla.Aku istighfar banyak-banyak.
Keputusan..baby ok.Kepala dah di bawah. Aku dah cakap baby mesti kuat punya!! Alhamdulillah.. Doktor bagi rub ointment. Ubat sapu untuk sakit sebab jatuh. Lain takde. Kami pulang terus ke rumah mak Gelang Patah. Sampai je..mak terus sound...
"KO TERUS DUDUK SINI LAH..RISAU MAK!"
Hehehe aku dah agak dah. SO wife akan terus stay uma mak sampai bersalin. Dan aku..jadi bujang sekejap. Tapi aku akan tetap datang sekali-sekala untuk melihat keadaan wife.
Kepada isteri tersayang, walau apapun yang terjadi tabahkan hati. InsyaAllah takde apa yang berlaku. Jaga diri dan kesihatan. B akan datang selalu. Tak lama lagi sayang.Lebih kurang beberapa minggu lagi kita akan jadi PAPA & MAMA. Kuatkan semangatmu dan banyak berdoa serta selawat. Allah tetap bersama kita.AMIN!
I LOVE BOTH OF YOU!! TILL DEATH DO US PART..INSYAALLAH
Wednesday, July 1, 2009
Isteri pitam dan jatuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment