1. Kami telah berkahwin selama hampir 3 tahun dan isteri keguguran sebanyak 2 kali sehinggalah kami mendapat Muhammad Iman.
2. Kami hampir menjalani pemeriksaan kesihatan selepas kali kedua isteri keguguran. Bukan untuk mencari salah siapa tetapi untuk mengubati. Tetapi Allah Maha Kaya aku mendapat tahu Isteri mengandung sebulan sebelum pemeriksaan.
3. Pemeriksaan kehamilan disahkan beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu dan serentak Majlis Pernikahan adik ipar aku Adi & Zura (wife nya juga kini sedang mengandung hampir 7 bulan). Gembiranya aku masa tu.
4. Dalam tempoh mengandung kami sempat ke Sunway Lagoon, Melaka dan Kuala Lumpur. Uiiissshhh kuat berjalan gak wife masa tu.
5. Aku sebenarnya selalu mengingatkan wife yang jangan terlampau excited kerana takut kejadian lama berulang. Memang FOBIA! Tapi kali ni aku memang jaga betul wife daripada segi pemakanan.
6. Pada awal kehamilan, setiap minggu selama 3 bulan (maksudnya 12 kali) wife diberi suntikan menguatkan rahim oleh Doktor Noor Aini (Puteri Specialist) yang setiap suntikan RM120.00 belum termasuk caj lain.
7. Aku tak pernah belikan baju mengandung yang biasa orang pakai (ala yang sarung terus tu) sebab tak cantik..macam orang tua. Aku belikan yang baju biasa je tapi khas untuk ibu mengandung dan seluar besar yang ah moi2 ada pakai tu.
8. Wife takde mengidam yang melampau cuma antara yang nak dimakan adalah buah delima, KFC, dan DURIAN!!!
9. Pernah terjatuh kerana pitam di rumah aku. Nasib baik takde apa-apa.
10. Nama Muhammad Iman dipilih oleh aku. Iman pengertiannya mendalam. Nak tau cuba tengok lirik Iman Adalah Mutiara daripada Raihan. Lagipun aku taknak yang glamour sangat. Tapi Iman ni jarang juga orang guna. Mudah-mudahan sifat peribadinya seperti namanya.
11. Minggu-minggu terakhir aku selalu menanti message atau call daripada wife yang berbunyi 'Dah pecah air ketuban!' tapi sampai Iman keluar..air tak pecah gak. Sian dia..
12. Dua atau 3 minggu sebelum Iman lahir, adik aku, Nurulhuda keguguran hampir 3 bulan. Sabar ye Uda. Ada rezeki nanti InsyaAllah.
13. Aku tak ingat berapa kali kami ke Klinik walaupun sakit sedikit seperti baby kurang gerak..memang jaga betul-betul. Pegi buat CTG (pemeriksaan degupan jantung)
14. Aku hampir menjerit bila terasa Iman bergerak di dalam perut yang memang aku tak pernah rasa sebelum ini. Wife hanya tersenyum. Yelah kalau dh nampak bonjol kat perut, tinggi lak tu mau aku tak terkejut.
15. Sewaktu hampir kelahiran kami ke Hospital Sulatanah Aminah sebanyak 3 kali dan disuruh pulang semula kerana belum ada kontraksi. Tension..penat sikit la.
16. Wife masuk ke Bilik Bersalin pada pukul 7.54 malam, hari Jumaat 12 Jun 2009 yang aku pada ketika itu baru 25 minit meninggalkan Hospital pulang ke rumah. Terkilan tak dapat tengok sekali. Wife terpaksa di 'operate' memandangkan tiada tanda besar untuk keluar namun kontraksi kuat. Degupan Iman lemah apabila kontraksi berlaku. Saiz badan wife yang comel menyebabkan proses bersalin normal agak sukar. Masuk Operation Theatre pukul 9.00am, baby keluar 9.25am dan keluar daripada Operation Theatre 11.00am. Iman dah naik dulu.
17. Malam itu juga ada cerita 'Hero Atuk' di TV 2 lakonan Eman Manan. Secara kebetulan nama cucunya 'IMAN' (AYAH YANG BERITAHU) dan aku yang tak pernah buka TV 2 secara tak sengaja membuka channel yang sama.
18. Muhammad Iman diazankan lewat 2 jam kerana menunggu keadaan stabil selepas Wife operation. Aku yang ingatkan akan menangis hanya sebak ketika Muhammad Iman menyahut panggilan azanku.
19. Ketika family aku datang melawat, aku lihat Mak dan ayah terdiam seketika melihat Iman. Inilah cucu pertama mereka.
20.Malam pertama Iman di rumah aku rasa dekat 6 kali kami bangun. Mungkin berubah tempat membuatkannya tak selesa. Aku cuma bangun meneman wife berbual sambil dia menyusukan Muhammad Iman.
21. Ketika di rumah, aku bertugas sebagai pembersih pampers Iman, lapkan badannya ketika pagi, mengemas tempat tidur, membasuh baju Wife dan Iman serta pemerhati. Makanan mak mertua yang siapkan. Aku tak reti masakan orang bersalin ni.

0 comments:
Post a Comment