.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Wednesday, August 19, 2009

Gambar Iman untuk Tok Mak, Atuk dan pakcik-makcik






Muhammad Iman bersama Mummy dan Papa. Dah besar anak kami. Usia Iman dah 2 bulan lebih. Dia suka betul kalau aku dukung macam tu. Kuat leher dia. Tapi aku ampu juga la pakai tangan takut nanti terlentok je..payah pulak.





Mummy dan Iman tersayang..Geramlah tu! Iman kalau dah kenyang, suka main-main. Kami selalu agah-agah dia. Nanti dia senyum mengekek-ngekek (betul ke aku eja?). Kadang-kadang aku yang suka berbual dengan dia. Just bagi dia dengar new words. Nanti bertambah-tambah ilmu dia. Yang paling aku sibuk ajar nak panggil 'papa' and 'mummy'.





Antara gambar Iman yang baru..Aku pun sibuk nak interframe.Hehehehe





Gambar di atas semasa Iman ada medical check up di Klinik Gelang Patah. Masa tu baru 1 bulan lebih. Menyusu je Iman ni..hehehe biar besar dengan sihat ye!

Friday, August 14, 2009

Alhamdulillah,Iman bertambah pulih

Iman nyenyak tidur dalam buai

Setelah aku cek pukul 10.00 malam tadi ni, temperature iman menuruk kepada 36.7. Normal dah. Harap-harap tak naik lagi. Papa masih tuam kepala Iman. Kali ni sapu terus air suam sejuk. Mak sini letak daun aloevera dan daun bunga raya dalam bekas air tu. Petua dia kot. Dari pukul 8.00 malam tadi Iman tidur nyenyak sampai la ni, pukul 10.30 malam, Mummy bangunkan dia untuk bagi susu dan makan ubat. Aku cukup pantang kalau orang tak makan ubat. Lagi-lagi antibiotik. Penting tu.

Okeylah. Esok Papa kerja. Mummy jaga Iman. Iman jangan nakal-nakal tau. Nanti Mummy bagi ubat jangan nangis. Mummy dan Iman tido uma mak Gelang Patah. Aku??? tak tau lagi.

Iman ke Klinik


Iman nak cerita panjang pun payah sebab demam..bacalah blog Papa!
Doakan Iman baik demam eh...

Thursday, August 13, 2009

InsyaAllah Iman ok

Wah wah....

Tengok..Iman senyum!

Aku x bawa Iman gi klinik pun. Aku rasa dia dah start kenal kami dan rindu. Sebab bila wife balik senyap je dia. Malam pun tidur nyenyak..Banyak minum susu. InsyaAllah...xde apa-apa.

HARI NI IMAN GENAP DUA BULAN. ALHAMDULILLAH!

Wednesday, August 12, 2009

Iman demam panas ??


Aku bekerja sorang hari ni di ofis. Pukul 11.00 pagi ayah mertua telefon menyatakan Iman menangis dari tadi. Aku call wife dan minta dia pulang sekarang juga. Dalam setengah jam wife beritahu Iman ok bila disusukan. Tapi mak mertuaku punya sedih sampai menangis. Kesian dia.

Dalam pukul 2 petang wife nak masuk kerja semula. Tapi tak lama lepas tu aku dapat message lagi menyatakan Iman menangis dan badan panas. Ya Allah...risau lak aku. dahlah macam-macam penyakit sekarang ni. Pagi tadi pun sebenarnya dia dah start nangis..banyak minum susu. Selalu bangun pagi diam je.

Aku tengah tunggu bebudak ofis balik makan. Lepas tu minta izinlah Emergency, balik nak bawa Iman gi klinik. Japp..hati macam tak sedap. Call wife jap.....

................................

Aku dengar suara wife ok. Iman tak nangis. Nak ngempeng je. Badan panas, tapi cek temp. normal. Agaknya sebab nak tukar bulan. Esok Muhammad Iman masuk 2 bulan. Dulu pun gitu. Masa nak masuk sebulan. Melalak dia..taknak tidurla..Wife kata takyah bawa gi klinik. Aku suruh tuam air kat badan dan kepala. Mungkin badan dia sakit sebab bila pegang dia nangis. So baringkan je. Sebenarnya pagi tadi kitaorang try meniarapkan dia. Lama gak la. Tapi tak nangis pun masa tu..Hmmm..

So....tak jadilah aku balik. Tunggu pukul 7.00 Papa balik ye Iman..

Thursday, July 16, 2009

Muhammad iman & Sayang ke Klinik Desa

Pada hari ini 16 julai 2009, buat pertama kalinya Muhammad Iman dan Sayang melangkah keluar daripda rumah mak. Bukan lari ye..tapi kena gi Klinik Desa Paya Mengkuang. Ada pemeriksaan rutin pertama kali. Selalunya sebelum ni Kak Latifah atau Kak Jamaliah yang datang ke rumah. Kami ke sana dalam pukul 8.15 pagi. Nasib baik tqakde orang dan kamilah yang pertama. Bagus! bagus. Aku tak suka sangat menunggu.Hehehe.

Gambar-gambar berikut juga adalah kerana ayah aku asyik telefon & message tanya mana gambar Iman yang terbaru. Sian Atuk dan Tok Mak Iman ni. Rindu kat cucu. Jadi tataplah puas-puas ye mak dan ayah. Serta adik beradik yang lain.

Sebelum cek..nak menyusu dululah tu.

Terima kasih mak kerana tolong teman..

interframe skit!
MUHAMMAD IMAN YANG DAH SEBULAN PADA 13 JULAI LALU

Tengok apa tu Iman?

Besar betul mata..GOTCHAA!!

Atuk & Tok mak..Tunggu Iman balik ujung bulan ni ye :)

SESI PEMERIKSAAN PERTAMA IMAN DI KLINIK DESA PAYA MENGKUANG

Malulah Iman!

Apa lagilah nak buat kat Iman ni??

Dunia baru pada Iman..

Alamak..buka seluar pulak. Nenek yang bukakan.Hehehe

Ukur lebar badan..hehe..menguap sampai!


Macam pendekar..Alhamdulillah..ada perkembangan.


Naik lagi 200gm. So berat Iman dah 3.4kg untuk bulan yang pertama ini.

Berat sayang dah turun..Jangan banyak sangat la.







Wednesday, July 8, 2009

Iman kena sawan..Nauzubillah!

Gambar-gambar ni dah lama diambil. Tapi sebab virus malas, aku peram je dalam Laptop aku. hehehe.

Haa..ni adik aku yang ke enam. Muhammad Syafiq Bin Ateh. Batu tingkatan 2 di SMKA Maahad Muar. Nak sangat pegang anak sedara dia. Hehehe. Bangga aku dapat anak yang merupakan cucu pertama dan anak sedara pertama mereka.

Inilah hadiah yang ayah bawa masa minggu ke dua Iman. Tapi warna pink lah ayah bajunya. Hehehe. Takpelah selagi namanya hadiah..aku kebas je.

Nak dijadikan cerita pada umur minggu ke 3 Muhammad Iman, dia diserang SAWAN yang tak berapa bahaya. Tapi masa kena tu aku xde di rumah. Kerja. Menurut kata isteri cuaca terlalu panas. Tiba-tiba Iman tersedar dari dalam buaian dengan keadaan tubuhnya keras (kejang) dan mata hitam ke atas. Takut aku dengar. Nasib baik mak mertua balik dari tempat kerja dan beri air yang dah dibaca ayat Al Quran. Alhamdulillah Iman ok lepas tu.

Ini gambar waktu Iman dah ok. Cian sayang Papa!

Buaian yang aku belikan untuk Iman di Kipmart Tampoi.Tapi sampai sekarang tak pakai lagi sejak kena SAWAN hari tuh.

Tapi sebenarnya hari itu juga merupakan hari pertama Iman tidur dibuai. Aku baru beli buai tu sehari sebelum tu. Orang kata ada adat/ bacaan yang perlu dibuat. Rasanya mak mertua aku dah buat. Entahlah kepercayaan orang tua. Tapi pada aku kemungkinan besar kerana cuaca yang panas sebab sebelum kena Sawan tu Sayang call dan bagi bacaan thermometer 38.7 celcius. Panas gak tuh. Apapun sekarang dah okey dan kami sentiasa berjaga-jaga.