.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Thursday, November 12, 2009

Nak bagi geram!

Lagi upload gambar Iman..biar uncle ngan auntie Iman geram sume. Hahahaha. Gambar ni kira terbaru gak. Iman dah nak masuk 5 bulan esok. Makin kuat minum susu. Kadang-kadang sampai 4 aun. Ingatkan dah nak start bagi dia nestum untuk baby tu campur ngan susu. Sebab memanjang tak cukup. Badan Iman pun makin berat. Hari tu cek dah 6 kg lebih.
Sekarang ni asyik nak main je..balik umah mesti nak main-main. Setakat meniarap tu biasalah. Cuma tak pandai sangat nak pusing terlentang balik. Macam kura-kura. Hehehe. Makan Papa dan Mummy la yang kena pusingkan balik. Tapi tak sampai 5 second, Iman dah meniarap balik. Iman sekarang dah tak nak duduk lama-lama. Asyik nak diri. Kalau dudukkan, kaki dia akan menolak untuk berdiri. Kadang-kadang Papa pegang Iman, pastu ajar jalan sambil kira. Kuat kaki Iman ni. Ingatkan nak beli walker la. Sebab badan dia macam dah kuat. Ligat betul. Biar dia lasak. Cuma Iman ni jarang bersuara. Tapi kalau dah time dia..tak berhenti-henti. Selalu gaklah Papa dan Mummy ajak berbual. Tak tahulah dia paham ke tidak..hehehe. Iman..Iman..







Masa ni kat Muar.Kalau tak silap kat tepi Masjid Muar. Entah apa yang disenyumkan agaknya..

Cari apa lah tu?

Atuk dan Iman


Mari bermain cawan..nak minum ke Iman?

Masa ni Iman demam. Makan ubat. Nasib baik manis..

9 comments:

HudaAteh said...

geram aku dgn si bulat ni..
makin bulat pipi dia..
mata beso...ikot aku kot..ekekeke

Mummy Iman said...

weiiii...

mata bulat tu mata mummy + mata papa...

hehehehe

HudaAteh said...

hahhahaha....
klu mata papa ada la skit mata mak ngah...
dagu tu mmg dagu kak seed ahh..
tembam mmg mcm abg..ekekekekeke...

Mummy iMan said...

nak jugak same...ye lah... mata mak ngah die lah tue...

HudaAteh said...

eh budak debab, boleh x mak ngah gigit pipi? hehehe..

Najihah Ateh said...

Kak ngah gigitlah pipi anak kak ngah. Kesian Iman kena gigit nanti. Mak usu rindulah dekat Iman. Iman comel sangat. Tak sabar nak tunggu Iman balik Yong Peng lagi. Nanti nak cium pipi Iman puas-puas.

HudaAteh said...

nak gigit mcm mane...belum keluar lagi....
mak usu rindu iman aje? tak rindu kak ngah ke? hehehe...

Mummy Dasy said...

Boleh kot klu masuk walker coz anak² aku 5m++ dah masukkan walker tapi kena jaga² takut dia tertonggeng jek. Makan tu belum lg kot coz better 6m++ try gerber dlm botol pure fruits.

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

Uda: Ko baru 3 kali je kan jumpa Iman sejak dia lahir (adalah 5 bulan lebih) sian ko..baliklah raya haji. Abang balik petang raya.

Adik: Tunggu petang raya haji kami balik. Mainlah ngan Iman puas2. DIa dah pandai berbual..hehehe

Mummy Dasy : Aku dah try guna walker tapi kena alas bantal. OKeylah kot. Nanti2 belilah jugak. SO far aku bagi susu banyak n pekat sikit. Biar dia kenyang..Gerber..pernah dengar brand tu. Kecik je botol dia kan?