.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Wednesday, July 8, 2009

Iman kena sawan..Nauzubillah!

Gambar-gambar ni dah lama diambil. Tapi sebab virus malas, aku peram je dalam Laptop aku. hehehe.

Haa..ni adik aku yang ke enam. Muhammad Syafiq Bin Ateh. Batu tingkatan 2 di SMKA Maahad Muar. Nak sangat pegang anak sedara dia. Hehehe. Bangga aku dapat anak yang merupakan cucu pertama dan anak sedara pertama mereka.

Inilah hadiah yang ayah bawa masa minggu ke dua Iman. Tapi warna pink lah ayah bajunya. Hehehe. Takpelah selagi namanya hadiah..aku kebas je.

Nak dijadikan cerita pada umur minggu ke 3 Muhammad Iman, dia diserang SAWAN yang tak berapa bahaya. Tapi masa kena tu aku xde di rumah. Kerja. Menurut kata isteri cuaca terlalu panas. Tiba-tiba Iman tersedar dari dalam buaian dengan keadaan tubuhnya keras (kejang) dan mata hitam ke atas. Takut aku dengar. Nasib baik mak mertua balik dari tempat kerja dan beri air yang dah dibaca ayat Al Quran. Alhamdulillah Iman ok lepas tu.

Ini gambar waktu Iman dah ok. Cian sayang Papa!

Buaian yang aku belikan untuk Iman di Kipmart Tampoi.Tapi sampai sekarang tak pakai lagi sejak kena SAWAN hari tuh.

Tapi sebenarnya hari itu juga merupakan hari pertama Iman tidur dibuai. Aku baru beli buai tu sehari sebelum tu. Orang kata ada adat/ bacaan yang perlu dibuat. Rasanya mak mertua aku dah buat. Entahlah kepercayaan orang tua. Tapi pada aku kemungkinan besar kerana cuaca yang panas sebab sebelum kena Sawan tu Sayang call dan bagi bacaan thermometer 38.7 celcius. Panas gak tuh. Apapun sekarang dah okey dan kami sentiasa berjaga-jaga.