Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.
Muhammad Iman dah nak masuk 6 bulan. Alhamdulillah..Esok petang nak inject lagi sekali. Iman sekarang dah pandai duduk. Tapi masih belum dapat balance. Kadang-kadang jatuh. Tapi lebih banyak tegak la. Boleh la. Iman tak suka dipegang. Bahaya gak tuh. Hehehe. asyik..GOLEK..GOLEK..GOLEK..!! Tak kisahla Iman. Gigi Iman pun makin banyak tumbuhnya. Papa dah tengok..memang ada dua batang.
Iman suka sangat main sorang-sorang. Itupun time Papa dan Mummy sibuk kemas umah. Pandai dia. Kadang-kadang Mummy nyanyi lagu ABC untuk Iman. Biar Iman pandai. Papa ajar mengira..Satu..Dua..Tiga....Tak taulah Iman faham atau tak. Yang penting Iman dapat dengar dengan baik apa yang Papa dan Mummy Iman cakap eh..
Lagi beberapa minggu Iman dan Papa serta Mummy balik kampung Yong Peng. Ada buat kenduri doa selamat. Untuk Iman juga..Okeylah..Iman dah nak tidur. Papa dan Mummy kena baring sebelah baru Iman dapat tidur..Gudnite semua!!
Kesian Iman. Kepala ada ruam. DIsebabkan Iman kuat berpeluh..maka selalulah dia menggaru kepalanya. Papa dan Mummy nekad nak botakkan kepala Iman. Tapi takdela botak licin.
Papa balik kerja dengan semangat dan bawa Iman gi kedai gunting. Sekali rupanya Mummy dah bawa dulu. Tak dapa Papa nak snap picture banyak-banyak. Mummy tak tunggu Papa ehhhh??? Takpela..walaupun sedikit terkilan kerana inilah first time dalam hidup Iman (gunting rambut) Papa tak dapat tengok dan pegang..Tapi Thanks to Mummy. Papa pun penat gak tadi. So buat keluarga di Yong Peng..Inilah wajah terbaru Muhammad Iman Bin Mohd Noor Azam...
Macam Budak Shaolin daaa...Hehehe
Kemam bibir lak..
Baru lepas mandikan..nanti gatallah Iman!
Tengok apalah Botak comel ni??
Lagi upload gambar Iman..biar uncle ngan auntie Iman geram sume. Hahahaha. Gambar ni kira terbaru gak. Iman dah nak masuk 5 bulan esok. Makin kuat minum susu. Kadang-kadang sampai 4 aun. Ingatkan dah nak start bagi dia nestum untuk baby tu campur ngan susu. Sebab memanjang tak cukup. Badan Iman pun makin berat. Hari tu cek dah 6 kg lebih.
Sekarang ni asyik nak main je..balik umah mesti nak main-main. Setakat meniarap tu biasalah. Cuma tak pandai sangat nak pusing terlentang balik. Macam kura-kura. Hehehe. Makan Papa dan Mummy la yang kena pusingkan balik. Tapi tak sampai 5 second, Iman dah meniarap balik. Iman sekarang dah tak nak duduk lama-lama. Asyik nak diri. Kalau dudukkan, kaki dia akan menolak untuk berdiri. Kadang-kadang Papa pegang Iman, pastu ajar jalan sambil kira. Kuat kaki Iman ni. Ingatkan nak beli walker la. Sebab badan dia macam dah kuat. Ligat betul. Biar dia lasak. Cuma Iman ni jarang bersuara. Tapi kalau dah time dia..tak berhenti-henti. Selalu gaklah Papa dan Mummy ajak berbual. Tak tahulah dia paham ke tidak..hehehe. Iman..Iman..
Masa ni kat Muar.Kalau tak silap kat tepi Masjid Muar. Entah apa yang disenyumkan agaknya..
Cari apa lah tu?
Atuk dan Iman
Mari bermain cawan..nak minum ke Iman?
Masa ni Iman demam. Makan ubat. Nasib baik manis..
Lama dah tak upload gambar Iman. Ahad depan ni Iman dah masuk 5 bulan. Alhamdulillah. Iman baru baik demam selsema sebenarnya. Sian dia. Papa bawak dia ke Klinik Pakar Kanak-kanak kat Pelangi..Macam-macam kaler ubat ada, sumenya manis-manis.Okeylah tuuu..senang sikit nak bagi dia makan.
Mak Ngah asik call 3G je nak cakap ngan Iman.Mana Iman boleh cakap. Rindu sangatlah tu. maklumlah Mak Ngah Iman tengah pregnant. Entah-entah lelaki gak. Apapun Iman sekeluarga mendoakan yang terbaik utnuk Mak Ngah. Rehat je. Jadi malas sikit pun takpe.
Untuk mengubat kerinduan Mak Ngah, ini Iman upload gambar Iman kat sini. Comel tak? baru je amik tadi... Tadi ujan sebab tu Iman pakai alas kepala. Hehehehe
Gambar yang ini papa dan Mummy paling suka!!
Iman sepatutnya kena inject hari ini, tetapi doktor mengesahkan yang Iman tak sihat. Jangkit aku lah tu. Sian dia. So kena bagi ubat dulu. Next week baru datang. Semua orang risau. Tok Mak, ayah, uda asyik telefon je tanya khabar dia. Tapi demam sikit je Iman. Dia masih aktif. Tengoklah gambar tu. Bukan main dia. Buat orang geram je. InsyaAllah..baiklah dia nanti. Selesema sikit. Tapi time bagi ubat bukan main melalak. Biasalah budak kecik. Teringat masa aku kecik dulu. susah betul nak makan ubat. sampai dekat sejam aku kemam je pil tu. Pahit gila. Akhirnya aku boleh makan sejak kena operation kat hidung. Hari-hari nurse sumbat ubat. Hehehe. Okeylah..itu je catatan papa untuk Iman sayang....
Nota: Gambar diambil dengan menggunakan Canon DSLR 1000D.Hehehhehe
Gambar baru Iman..Iman dah 5.5 kg pada usia 3 bulan ni.
Geram tul Papa tengok 'drumstick' Iman
Tengok..iman hisap ibu jari. Nak minum botolpun Iman suka pegang tau.
Dah lama Iman tak update blog. Maklumlah Iman seronok beraya. 2009 adalah tahun pertama Iman beraya. Hehehehe.
Iman sekarang dah pandai hisap ibu jari dan guling-guling. Badan Iman makin kuat. Macam Papa. Tapi Papa lagi kuat.
Iman rindu ngan Tok Mak, Atuk, Mak Usu, Mak Ngah & Pak Ngah, Pak Andak, Pak Anjang, Pak Ude dan Pak Itam. Rindu sangat-sangat. Tunggulah. Papa kata Deepacali nanti Papa dan Mummy cuti. Boleh Iman balik Kampung. yeeaahhhh!!!
Antara gambar Iman yang baru..Aku pun sibuk nak interframe.Hehehehe
Gambar di atas semasa Iman ada medical check up di Klinik Gelang Patah. Masa tu baru 1 bulan lebih. Menyusu je Iman ni..hehehe biar besar dengan sihat ye!