.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.
Lilypie
Laman Blog iMan ini aku buat sebab senang nak asingkan post aku dan dia. Nanti bercampur pening kepala. Apapun aku masih lagi membina laman anak aku ni. But post seperti biasa kalau ada eh. Yang penting banyak lagi gambar atau cerita tentang iMan kat sini nanti.

Sunday, November 22, 2009

Si Botak Comel!

Kesian Iman. Kepala ada ruam. DIsebabkan Iman kuat berpeluh..maka selalulah dia menggaru kepalanya. Papa dan Mummy nekad nak botakkan kepala Iman. Tapi takdela botak licin.
Papa balik kerja dengan semangat dan bawa Iman gi kedai gunting. Sekali rupanya Mummy dah bawa dulu. Tak dapa Papa nak snap picture banyak-banyak. Mummy tak tunggu Papa ehhhh??? Takpela..walaupun sedikit terkilan kerana inilah first time dalam hidup Iman (gunting rambut) Papa tak dapat tengok dan pegang..Tapi Thanks to Mummy. Papa pun penat gak tadi. So buat keluarga di Yong Peng..Inilah wajah terbaru Muhammad Iman Bin Mohd Noor Azam...




Macam Budak Shaolin daaa...Hehehe

Kemam bibir lak..

Baru lepas mandikan..nanti gatallah Iman!

Tengok apalah Botak comel ni??


Thursday, November 12, 2009

Nak bagi geram!

Lagi upload gambar Iman..biar uncle ngan auntie Iman geram sume. Hahahaha. Gambar ni kira terbaru gak. Iman dah nak masuk 5 bulan esok. Makin kuat minum susu. Kadang-kadang sampai 4 aun. Ingatkan dah nak start bagi dia nestum untuk baby tu campur ngan susu. Sebab memanjang tak cukup. Badan Iman pun makin berat. Hari tu cek dah 6 kg lebih.
Sekarang ni asyik nak main je..balik umah mesti nak main-main. Setakat meniarap tu biasalah. Cuma tak pandai sangat nak pusing terlentang balik. Macam kura-kura. Hehehe. Makan Papa dan Mummy la yang kena pusingkan balik. Tapi tak sampai 5 second, Iman dah meniarap balik. Iman sekarang dah tak nak duduk lama-lama. Asyik nak diri. Kalau dudukkan, kaki dia akan menolak untuk berdiri. Kadang-kadang Papa pegang Iman, pastu ajar jalan sambil kira. Kuat kaki Iman ni. Ingatkan nak beli walker la. Sebab badan dia macam dah kuat. Ligat betul. Biar dia lasak. Cuma Iman ni jarang bersuara. Tapi kalau dah time dia..tak berhenti-henti. Selalu gaklah Papa dan Mummy ajak berbual. Tak tahulah dia paham ke tidak..hehehe. Iman..Iman..







Masa ni kat Muar.Kalau tak silap kat tepi Masjid Muar. Entah apa yang disenyumkan agaknya..

Cari apa lah tu?

Atuk dan Iman


Mari bermain cawan..nak minum ke Iman?

Masa ni Iman demam. Makan ubat. Nasib baik manis..

Monday, November 9, 2009

Iman comel Papa dan Mummy

Lama dah tak upload gambar Iman. Ahad depan ni Iman dah masuk 5 bulan. Alhamdulillah. Iman baru baik demam selsema sebenarnya. Sian dia. Papa bawak dia ke Klinik Pakar Kanak-kanak kat Pelangi..Macam-macam kaler ubat ada, sumenya manis-manis.Okeylah tuuu..senang sikit nak bagi dia makan.

Mak Ngah asik call 3G je nak cakap ngan Iman.Mana Iman boleh cakap. Rindu sangatlah tu. maklumlah Mak Ngah Iman tengah pregnant. Entah-entah lelaki gak. Apapun Iman sekeluarga mendoakan yang terbaik utnuk Mak Ngah. Rehat je. Jadi malas sikit pun takpe.

Untuk mengubat kerinduan Mak Ngah, ini Iman upload gambar Iman kat sini. Comel tak? baru je amik tadi... Tadi ujan sebab tu Iman pakai alas kepala. Hehehehe











Gambar yang ini papa dan Mummy paling suka!!